Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sebab Kenapa 7 Jenis Makanan Ini Tidak Perlu Disimpan Di Dalam Peti Sejuk

26 Mei 2015
No Comment


Ramai orang tidak tahu bahawa sebenarnya tidak semua makanan boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan ramai yang beranggapan makanan yang sudah lama disimpan di peti sejuk masih boleh dimakan.

Jadi anda perlu ketahui bahawa ada beberapa makanan yang sebaiknya tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk kerana ia boleh merosakkan khasiat yang terkandung dalam makanan tersebut.

Berikut adalah tujuh makanan yang sebaiknya tidak disimpan di dalam peti sejuk,:


1. Bawang

Menyimpan bawang yang dikupas di dalam peti sejuk boleh mempercepatkan pembusukan bawang. Jika anda terpaksa melakukannya, simpan bawang dalam bekas yang boleh ditutup.

Seeloknya simpan di dalam beg jaring asal mereka atau mana-mana beg yang membolehkan berlakunya peredaran udara. Tetapi jauhkan bawang tersebut dari kentang kerana kentang mengeluarkan kelembapan dan gas yang boleh menyebabkan bawang reput.


2. Tembikai

HAsil kajian yang dilakukan oleh pihak pertanian Amerika Syarikat mendapati tembikai akan kehilangan beberapa antioksidan (likopen dan beta-karoten) jika disimpan di dalam peti sejuk.

"Antioksidan dalam makanan rentan terhadap degradasi jika ia tidak disimpan dengan betul," kata Desiree Nielsen, seorang ahli pemakanan di Vancouver.


3. Aprikot, pisang, kiwi, Peach, plum dan mangga

Pusat Pengeluaran dan Pemasaran Kanada mengesakan bahawa aprikot, pisang, kiwi, Peach, plum dan mangga hanya perlu diletakkan di atas meja. Kerana dengan cara ini,, buah-buahan tersebut masih dapat mempertahankan khasiatnya.


4. Tomato

Tomato boleh menjadi pucat dalam peti sejuk, jadi tinggalkan di dalam bekas terbuka dalam suhu bilik dan elak daripada di masukkan ke dalam beg plastik. Untuk mempercepatkan tomato masak, simpan dalam beg kertas. Setelah masak, gunakan dalam masa kira-kira tiga hari.


5. Kentang

Kentang sebaiknya diletakkan di dalam beg kertas dan di simpan di dalam tempat yang gelap dengan keadaan suhu kering. Mengapa di dalam beg kertas? Kertas tidak akan membuat kentang cepat busuk.

Jika anda meleakkan di dalam peti sejuk akan mengubah isi kentang menjadi gula di mana ia akan mempegaruhi rasa dan tekstur kentang.


6. Kopi/serbuk kopi

Peti sejuk mewujudkan pemeluwapan, yang boleh menjejaskan rasa serbuk kopi dan biji kopi. Simpan kopi yang terbaik di dalam bekas kedap udara di bilik pantri.


7. Roti

Roti menjadi mudah kering bila disimpan di dalam peti sejuk. Sebaiknya, simpan di dalam suhu bilik dan makan dalam masa 4 hari. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "