Bekas suami Rita Rudaini mengakui bahawa beliau hanya mampu memberi RM20 sehari bagi perbelanjaan makan dan minum.
Sebelum ini Rita menuntut wang perbelanjaan harian dalam kes tuntutan nafkah tertunggaknya sebanyak RM50 sehari.
Memetik Rotikaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak berkata RM20 itu dianggap cukup bagi belanja minum dan makan untuk tengah hari dan malam.
Beliau juga memberi alasan jarang makan sarapan, minum petang dan lewat malam apabila ditanya peguam yang mewakili Rita, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain tentang perbelanjaan selebihnya.
“Peruntukan perbelanjaan makan dan minum bagi plaintif tidak melebihi RM1,000 sebulan, bukannya RM1,500 sebulan yang dituntut,” katanya.
Malah Aidil juga menolak belanja bil langgan Astro seperti yang dituntut bekas isterinya dengan alasan seseorang tidak akan mati jika tidak menontonnya.
Kes kedua-dua pasangan berkenaan akan disambung semula pada 14 September depan. -Siakapkeli.my