Menerusi itu jugalah, ibu bapa akan memastikan anak mereka telah memperolehi apa yang sepatutnya, dan mempelajari apa yang perlu sesuai dengan tumbesaran mereka. Dan ia termasuk jugalah dengan kerja rumah yang diberi oleh guru buat mereka. Jadi, jika tiada kerja rumah yang diberi, ianya seperti tidak lengkap buat ana-anak.
Namun begitu, kanak-kanak seharusnya melalui proses pembelajaran yang lebih bersama ibu dan bapa mereka, bukan di atas kertas yang diberikan oleh guru mereka. Berdasarkan pengamatan yang diperolehi, saudara Hazhari Ismail kongsikan kerja rumah yang baik buat anak-anak di rumah.
Tak dinafikan ibu bapa akan mencari pusat perkembangan kanak-kanak yang terbaik untuk anak mereka. Sanggup di redah satu persatu Tadika yang ada di sekeliling rumah dan selidik sehabis mungkin. Kadang-kala sampai ke luar kawasan perumahan pun ada, asalkan anaknya mendapat pendidikan yang baik.
Adakalanya, ibu bapa bersemangat nak update anak masing-masing ada kerja sekolah ke tak.
“Cikgu, anak saya ni takda kerja rumah ke? Asyik main je lepas balik sekolah.”
Hmm.
Kerja rumah, homework, kerja sekolah..nama kan apa sahaja yang berkaitan. Ia amatlah tidak digalakkan. Lagi-lagi apabila berkaitan dengan kanak-kanak di bawah 6 tahun.
Kerana fahaman ibu bapa di Malaysia telah mencemarkan definisi homework itu sendiri. Mereka inginkan anak mereka buat latih tubi di buku latihan setiap hari. Menulis, mewarna, membuat kiraan dan sebagainya. Sampaikan ada tadika terpaksa ikut cakap ibu bapa untuk memberi kerja rumah sebab ada permintaan yang tinggi. Kalau tidak, mereka akan pindahkan anak mereka ke tadika yang lain.
Ini lah dilema yang dihadapi oleh pihak sekolah.
Di UK contohnya, homework telah dilaksana dengan baik dan tiada tentangan. Sebab apa? Sebab homework mereka membabitkan penglibatan ibu bapa. Kerana cikgu sedar, kualiti masa yang ada di antara ibu bapa dan anak amatlah sikit di rumah kerana masing-masing sibuk bekerja.
- Buat sandwish bersama ibu bapa
- Suruh ibu bapa bacakan buku cerita kepada anak-anak
- Mencari matlumat mengenai dinasour di internet
- Menangkap gambar ketika berjoging di hujung minggu
Ini adalah contoh-contoh homework menarik yang diberikan. Secara tidak langsung, ibu bapa akan turut serta menyiapkan tugasan yang cikgu berikan. Sambil merapatkan lagi hubungan sesama keluarga.
Jadi, kepada cikgu di Malaysia, kalau whatsapp group kelas bising tanya "takkan takde kerja rumah untuk anak saya...?"
Maka para cikgu boleh sediakan aktiviti-aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan bersama antara anak murid dan ibu bapa mereka.
Indah bukan?
- Siakap Keli
BACA: "Engkau Jaga Anak Macam Mana? Macam Tak De Problem Jer" Ketahui 3 Tip Utama Dalam Menjaga Perkembangan Anak