Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

FIFA Bagi 'Lampu Hijau', Benarkan Faiz Subri Pakai Baju Melayu Ke Anugerah Puskas 2016

5 Jan 2017
One Comment

Jika sebelum ini diberitakan yang calon Akhir Anugerah Puskas 2016, Mohd. Faiz Subri sedikit kecewa kerana kemungkinan tidak dapat berbaju Melayu kerana perlu memenuhi kod berpakaian dalam majlis Anugerah Puskas 2016 di Zurich nanti.

Namun dalam perkembangan terbaru daripada FIFA, permintaannya untuk memakai pakaian tradisional, baju Melayu di Zurich, Switzerland 9 Januari ini mendapat ‘lampu hijau’ daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Setiausaha Agung Persa­tuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam satu kenyataan mengesahkan perkara ini di mana selepas pihaknya menghantar permohonan kepada FIFA agar pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu dibenarkan memakai baju Melayu pada majlis berprestij tersebut.

“Kami sudah menghantar permohonan itu sejak awal Disember lalu dan akhirnya mendapat kelulusan daripada FIFA. Saya dah maklumkan kepada Faiz (tentang berita ini).

“Terpulang kepada Faiz sama ada mahu memakai baju melayu atau sut seperti yang diminta oleh penganjur berhubung kod pemakaian,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Kebiasaannya calon atau pemenang anugerah FIFA akan hadir di majlis tersebut dengan mengenakan sut lengkap.

Faiz juga bercadang untuk berucap dalam bahasa Melayu seandainya dia diberi peluang berucap di atas pentas, ia adalah perkara biasa kerana ramai bintang-bintang terkenal sebelum ini seperti Penyerang Argentina, Lionel Messi bertutur dalam bahasa Sepanyol ketika memberi ucapan selepas diumum sebagai pemenang Ballon d’Or 2015.

Pemenang Puskas 2015, Wendell Lira dari Brazil juga bertutur dalam bahasa ibunda ketika berucap.
Faiz akan bers­aing de­ngan dua lagi calon akhir iaitu Marlone dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela bagi Anugerah Puskas 2016. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "