Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Idea Bernilai RM1.4 Billion Lelaki Ini Pernah Ditertawakan Orang Ramai Dan Pelabur

26 Mei 2015
No Comment


Lelaki hebat bernama Tariq Farid dari Pakistan ini telah mengeluarkan satu idea yang telah dianggap tidak masuk akal dan kerana membentangkan idea tersebut dia telah ditertawakan.

Tetapi, pemilik kedai bunga ini telah mengubah hidupnya dengan idea yang tidak masuk akal itu apabila dia sendiri menubuhkan "Edible Arrangement" pada tahun 1999 dan kini idea tidak masuk akal beliau itu bernilai USD400 Juta (Rm1.4 Billion).

Tariq sebelum ini telah membentangkan idea itu kepada golongan profesional dan pelabur dengan menerangkan potensi idea berkenaan. Tahukah anda, idea yang membuatkan beliau bergelar billionair ini hanyalah gubahan buah-buahan menjadi bunga.


Kerana idea gubahan buah menjadi bunga itu, mereka mentertawakannya dan menasihatkan beliau supaya terus memberi fokus pada bidangnya yang berkaitan dengan bunga dan salah seorang mereka berkata, "tiada apa-apa boleh dilakukan dengan idea ini, saya tidak tahu kenapa kamu mahu lakukannya".

Menurut Tariq lagi, semasa membawa balik gubahannya yang dibentangkan itu, dia telah meletakkan diatas meja rumah dan ibunya melihat gubahan idea tersebut dengan berkata "gubahan ini bakal jadi sesuatu yang amat hebat" menjadikan ia cukup sebagai pembakar semangat untuk meneruskan idea ini selepas mendapat pandangan positif dari orang yang paling dipercayainya itu.

Dia mula terfikir, walaupun gagal meyakinkan pelabur yang dilihat memperlekehkan ideanya, Tariq telah menepis semua pandangan negatif tersebut dengan meneruskan ideanya.



Kini. syarikat  miliknya itu telah menjadi penggerak utama dalam industri tersebut dengan mempunyai kira-kira 1,200 francais dan syarikatnya kini berada di tangga ke 40 'Top 500 Franchise Companies".

Tariq Farid bukan sahaja memiliki "Edible Arrangement". Beliau juga merupakan pengasas perniagaan lain termasuk syarikat perisian NetSolace, yang menyediakan sistem IT untuk francais dan Presiden Tariq Farid Foundation.

"Anda tidak perlu takut untuk melangkah bertentangan arah dari apa yang dikatakan oleh orang lain jika di dalam hati anda, anda yakin anda berada dijalan yang betul," nasihat Tariq. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "