Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Raja Perlis Titah Nama Negeri Perlis Tidak Perlu Ditambah ‘Indera Kayangan’

26 Mei 2015
No Comment


Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menitahkan supaya nama negeri Perlis selepas ini tidak perlulah ditambah ‘Indera Kayangan’ ataupun ‘Darul’ sebaliknya hanya perkataan tunggal ‘Perlis’ seperti yang termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian berdasarkan undang-undang tubuh yang telah ditandatangani oleh ayahanda baginda, Almarhum Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail di mana dalam dalam undang-undang tubuh tersebut hanya menyebut perkataan Perlis tanpa sebarang penambahan.

“Oleh itu saya harap biarlah nama tersebut dikekalkan dengan nama Perlis tanpa ditambah Indera Kayangan yang mempunyai kaitan dengan dewa-dewa atau apa-apa Darul,” titah baginda dipetik The Rakyat Post semasa merasmikan Muzium Kota Kayang dan Jamuan Teh Rakyat bersempena sambutan keputeraan ke-72 baginda di muzium itu hari ini.

Berkenan berangkat ke majlis berkenaan ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda memberitahu bahawa isu nama negeri Perlis pernah dibincang dalam mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) semasa baginda menjadi Yang Dipertua majlis berkenaan pada tahun 80-an.

“Keputusan mesyuarat itu dipersembahkan kepada ayahanda saya dan baginda juga mahu nama Perlis tidak dibuat sebarang tambahan,” titah Tuanku Syed Sirajuddin lagi. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "