Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesakit Dan Kakitangan Cemas Wad Hospital HTAR Terbakar

28 Mei 2015
No Comment


KLANG: Gara-gara berlaku kebakaran di dalam sebuah wad, semua pesakit dan kakitangan wad tingkat tujuh Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, cemas seketika.

Kebakaran dikatakan berlaku kira-kira pukul 4 petang semalam dan berjaya dipadamkan oleh pihak bomba yang kebetulan berada di bangunan berkenaan.


Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mereka menerima panggilan orang ramai kira-kira pukul 4.39 petang.

Namun tindakan dua anggota bomba yang kebetulan berada di hospital berjaya memadamkan api sebelum anggota lain sampai.

"Siasatan mendapati kebakaran bermula dari suis saluran oksigen dan plug elektrik.
"Tiada mangsa cedera atau maut dalam kejadian ini. Punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "