Kisah Sedih Anak Kecil Hidap Biliary Atresia, Bapa Dibedah Untuk Derma Hati Disahkan Hidap Kanser Usus
SUNGGUH besar dugaan yang ditanggung keluarga ini, kisah dugaan hidup keluarga En Jamilulehsan B. Taridi, 28 tahun dan isterinya Nur Amirah Syazwani Bt Pandi, 22thn, di mana mereka mempunyai seorang cahaya mata kesayangan mereka Muhammad Aril Zafran,1 tahun.
Anak kesayang mereka itu telah disahkan menghidapi sakit Biliary Atresia iaitu sejenis penyakit hati kronik dan memerlukan pembedahan dan penderma hati baru.
Kisah sedih mereka bermula apabila meninggalkan Malaysia ke bumi China untuk menjalani pembedahan. Berikut adalah coretan yang diambil oleh Facebook Puan Natipah Abu, iaitu sukarelawan yang aktif membantu masyarakat.
"Bismillah...saya terpanggil sekali lagi untnk berkongsi kegetiran hidup yang harus dilalui oleh En Jamilulehsan B. Taridi (28 thn) , isterinya Nur Amirah Syazwani Bt Pandi ( 22thn ) dan cahaya mata kesayangan mereka Muhammad Aril Zafran (1 thn).
Mereka melangkah meninggalkan bumi Malaysia pada 12 March 2015 menuju ke Shanghai China bersama harapan yg menggunung tinggi. Menjalani pembedahan pemindahan hati dr sang ayah kepada anak yg sedang menderita akibat kegagalan hati.
Pemergiaan yang dibiayai hasil sumbangan masyarakat yg prihatin itu...diharap dapat membawa sinar bahagia buat keluarga ini. Namun apa daya...perancangan manusia tidak mampu mendahului perancangan Allah S.W.T.
9 apri 2015 ...setelah hampir sebulan di sana..akhirnya kedua beranak ini disorong ke dewan bedah di Hospital Shanghai. Namun tiba-tiba doktor memutuskan untuk menghentikan pembedahan itu. Waris dipanggil lalu terungkaplah sebuah khabar duka yg benar-benar menyentap jiwa sang isteri juga ibu muda itu.
Khabar yg tidak pernah diduga itu membuatkan dia merasakan putaran dunia ini seakan terhenti seketika.....seluruh alamnya kelam tiba2. Suami yg sepatutnya menderma hati kepada zuriat cinta kasih mereka...dikesan mengidap kanser usus.
Pembedahan pemindahan hati pun bertukar kepada pembedahan membuang kanser tersebut serta merta. Selesai pembedahan...En Jamilulehsan terpaksa di hantar pulang ke Malaysia untuk meyambung rawatan kemeoterapi.Tatkala sedar dari pembedahan dan menerima berita beliau tidak layak menjadi penderma buat anak kesayangannya... En Jamilulehsan sungguh kecewa dan sedih.
Demi menyelamatkan nyawa adik Aril Zafran..bapa saudaranya Mohd Syafid B. Taridi (23thn ) tampil sebagai penderma dan selamat tiba di Shanghai pada 28 April 2015. Mereka bakal disorong ke dewan bedah pada hari selasa kelak bagi menjalani pemindahan hati.
Bagaimana pun....pembedahan ini telah menelan belanja yg tinggi. Kos asalnya RM 110k kini menjadi RM 200k kerana pembedahan kanser dan kos ujian demi ujian buat penderma baru selain kos makan minum dan tempat tinggal yg mana telah melebihi tempoh sepatutnya. Kos yg tinggi ini benar2 membuatkan Pn Amirah Syazwani tenggelam punca dan hilang arah....
Justeru itu...saya dgn rendah hati ..menyeru seluruh masyarakat penyayang di luar sana...ayuhlah kita bersama meringankan mereka yg kesempitan ini. Barangkali ... apabila tiba satu saat di mana kita dlm kesempitan kelak..akan ada insan yg Allah kirimkan utk melapangkan kita...
Sumbangan anda boleh disalurkan ke acc
NUR AMIRAH SYAZWANI BT PANDI
MAYBANK 508270104111."
Takkala membaca coretan puan Natipah Ini luluh rasa hati ini mengenangkan nasib adik Aril. SK dimaklumkan sepatutnya pembedahan kali kedua ini dia akan dilakukan pada jumaat esok, tetapi terpaksa dibatalkan kerana dana tidak mencukupi selepas menjalankan pemdedahan usus bapanya.
SK merayu orang ramai mari sama-sama kita bantu adik Aril semoga dia membesar gembira dan normal seperti kanak-kanak lain.
Bersama kita mendoakan anak kecil ini selamat menjalaani pembedahan dan cepat sihat.
Terima kasih SK ucapkan juga kepada puan Natipah Abu kerana banyak mendedahkan kesusahan masyarakat yang memerlukan dan kesusahan. - Siakapkeli.my
Semoga dipermudahkan segala urusan Amin.
BalasPadam