China - Seorang wanita nyaris maut apabila dia cuba 'mengosongkan' kerongkongnya menggunakan sudip sepanjang 30 cm.
Guan Hsuing, 31, berkata dia mencuba satu resepi baru yang melibatkan herba dan rempah ratus eksotik dan secara tiba-tiba dia merasakan kerongkongnya mula membengkak kerana alergik.
"Saya teringat petua orang tua yang mengatakan gunakan sesuatu untuk mengosongkan kerongkong boleh membantu(mengurangkan alergik).
Pada mulanya, Guan cuba menggunakan jarinya, kemudian tiga batang chopstik, tetapi malangnya, kedua-dua cara itu tidak berjaya.
Setelah itu, Guan memutuskan untuk memasukkan sesuatu yang lebih besar iaitu sebatang sudip sepanjang 30 cm (12 inci) ke dalam kerongkongnya.
Sudip yang dikeluarkan dari kerongkong Guan |
Walau bagaimanapun, Guan menjadi panik dan gagal bernafas menyebabkan kerongkongnya mengecut seterusnya menyukarkan sudip itu dari keluar.
Anak perempuan Guan yang berumur 4 tahun membawa Guan turun ke bawah setelah melihat keadaan ibunya yang gagal bernafas untuk meminta bantuan.
Guan kemudiannya di bawa ke hospital Konghua di Dongguan untuk rawatan.
Sampai di hospital, Guan terus dibedah bagi mengeluarkan sudip berkenaan dan doktor terpaksa memotong oesophagus Guan yang sudah rosak sepanjang 20 cm akibat kecederaan kerana insiden itu.
Doktor kemudian terpaksa menarik lapisan perut Guan untuk membuat sambungan baru antara esofagus dan perutnya. - Siakapkeli.my
sumber : http://www.dailymail.co.uk/