Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video & Gambar : Lelaki Cipta Rekod Dunia Dihurungi Lebah Terbanyak Dalam Sejarah

27 Mei 2015
No Comment
Gao mencipta rekod baru dunia dengan dengan hampir 1.1 juta lebah menghurungi badannya.
Dengan hanya memakai seluar dalam, Gao Bingguo membuat satu rekod dunia terbaru setelah dia berjaya menarik hampir 1.1 juta lebah untuk menghurungi seluruh badannya. Berat kesemua lebah-lebah itu adalah 108 kilogram.

Penjaga lebah berusia 55 tahun itu membuat rekod tersebut pada pagi Isnin lalu di Tai'an, China.

Ketika melakukan aksi epik itu, Bingguo telah disengat lebih dari 2,000 kali dan suhu badannya naik sehingga mencecah 140 darjah celsius.


Gao memulakan aksinya dengan meletakkan ratu lebah di badannya bagi menarik lebih-lebah lain. Beberapa kotak yang mengandungi lebah kemudian dibuang berhampiran kakinya dan lebah-lebah dari kotak itu mula menjalar memenuhi badan Gao - kecuali mulutnya.



Gao menghisap sebatang rokok bagi menjauhkan lebah-lebah itu dari bibirnya.

Gao berjaya menewaskan rekod sebelum ini yang berjaya mengumpul sebanyak 85 kilogram lebah di atas badan. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "