Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ahli PAS Yang Nak Tukar Pimpinan Boleh Keluar Parti - Bob Lokman

27 Mei 2015


KUALA LUMPUR: Siapa tidak kenal Bob Lokman. Bekas selebriti itu kini telah pun menjadi aktivis PAS. Di kala parti Islam itu menghadapi krisis dalaman menjelang pemilihan parti minggu depan, Bob tidak terkecuali melontarkan pandangannya.

Menerusi satu kenyataan, beliau meminta ahli PAS yang mengharapkan pertukaran pucuk pimpinan pada pemilihan itu supaya meninggalkan parti berkenaan.

"Tak berapa hari lagi kenderaan besar ini akan berhenti untuk menjalani major servis (Pemilihan PAS). Tukar minyak, tukar brek, tukar absober, tukar lampu dan macam macam lagi yang rosak atau lusuh.

"Makanya selepas major servis nanti, Kita tetaplah menjadi penumpang yang patuh dengan peraturan perjalanan kenderaan Kita. Yang rasa penat dengan perjalanan sebelum ni boleh turun dan naik kenderaan lain pula,"ujarnya berkias.

Beliau merujuk kepada pertandingan jawatan Presiden yang menyaksikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal dicabar pada kali ini.

Katanya, ahli diibaratkan sebagai penumpang, wajar patuh dan menaruh kepercayaan kepada pemandu (pemimpin tertinggi) yang telah lama cekap mengemudi perjalanan.

Oleh itu katanya, jika penumpang mahukan pemandu baharu yang mahu mencuba jalan baharu, perbuatan itu hanya akan mengundang risiko. 

"Kalau penumpang tak suka dengan cara pemanduan, janganlah nak bina kenderaan baharu dalam kenderaan sedia ada. Ada baiknya mintak berhenti, turun dan binalah kenderaan berenjin turbo serta terus memecut biar cepat sampai. Itu pun kalau tahu jarak destinasinya. Semoga selamat sampai kalau tak masuk gaung," sindirnya.

Anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Aziz turut sama menyokong kenyataan Bob sambil menyifatkan bekas selebriti itu istiqamah dengan kepimpinan ulama.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "