Peguam terbabit, Felix Kiprono memberitahu mengahwini anak Obama, Malia yang kini berusia 16 tahun adalah impian hidupnya. Felix dikatakan sudah membuat persiapan untuk berbincang dengan Obama tentang perkara ini semasa lawatan Obama ke Kenya pada Julai nanti.
“Saya sudah jatuh hati dengan Malia sejak tahun 2008 lagi. Bermula dari itu, saya tidak menjalin apa-apa hubungan sebagai tanda kesetiaan saya kepadanya
Felix Kiprono (kiri) sanggup berhabis harta untuk mengahwini Malia (kanan) |
“Saya dan keluarga sudah berbincang tentang perkara ini dan mereka sanggup membantu untuk menaikkan tawaran perkahwinan ini", katanya memetik sebuah laporan akhbar.
Menurut Felix lagi, cintanya kepada Malia bukan kerana nafsu ataupun harta. Dia juga turut menambah sekiranya Malia bersetuju dengan perkahwinan ini, dia akan menjalani kehidupan seperti orang biasa dan akan mengelak kehidupan mewah menggunakan harta yang ada pada Malia. - Siakapkeli.my