Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

1MDB: PAC Beri Kata Dua Kepada Arul Dan Shahrol

27 Mei 2015


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) memberi kata dua kepada Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy serta bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, iaitu bekerjasama beri keterangan atau dikenakan tindakan.

"Jika mereka terus meminta lebih masa atau memberi alasan kerana tidak dapat menghadiri perbicaraan, jawatankuasa akan memutuskan satu usul supaya mereka dikenakan tindakan menghina Parlimen," kata Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Memetik laporan mStar, Nur Jazlan berkata pihaknya bersedia mempertimbangkan untuk menangguhkan pendengaran ke satu tempoh tertentu bagi memberi masa kepada kedua-dua individu berkenaan mempersiapkan semua dokumen untuk pendengaran berkenaan.

Arul Kanda dan Shahrol sepatutnya hadir ke pendengaran PAC semalam, namun tidak dapat berbuat demikian. 

Arul dilaporkan berada di luar negara atas urusan perniagaan, sementara itu Shahrol pula memohon penangguhan selama 30 hari sebagai tempoh persediaan untuk pendengaran 1MDB.

Nur Jazlan bagaimanapun tidak memaklumkan bila kedua-duanya akan dipanggil namun hanya memberi bayangan ia mungkin berlaku pada pertengahan Jun. 

Jika gagal untuk mematuhi prosiding, keduanya boleh dikenakan tindakan menghina Parlimen dan denda RM 1,000. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "