Meskipun berulang kali menafikan gosip berkenaan, namun ia nampaknya masih berterusan.
Menurut Rotikaya hari ini melaporkan, sebuah blog tempatan sekali lagi mencetuskan tuduhan kononnya rumah tangga Siti dan Datuk Khalid sedang bergoyang.
Bagaimanapun, ia sekali lagi pantas dinafikan oleh penyanyi tersebut menerusi luahan kekesalannya di laman sosial Instagram.
“Ya Allah , hanya Dikau yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Dikau berilah hukuman sebaik baiknya buat pemfitnah yang menyebarkan fitnah ini. Semoga mereka kembali ke jalan yang benar. Amin Ya Rabb," demikian memetik posting Siti.
Kakak ipar Siti, iaitu Rozi turut memuatnaik gambar yang sama, dengan menegaskan fitnah tersebut sekaligus mencalarkan maruah dan perasaan Siti dan keluarganya. — Siakapkeli.my