Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hutang PTPTN: Berita Baik Untuk Anak-anak Peneroka Felda

27 Mei 2015


Diskaun sebanyak 30 peratus akan diberikan kepada anak-anak peneroka Felda yang mahu membuat pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut Pengarah Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada, keistimewaan itu diberikan kepada anak-anak peneroka yang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi tempatan dan mendapat pinjaman bermula Januari 2014.

"Dulu perdana menteri pernah berkata supaya Felda memikirkan cara untuk memberi bantuan kepada anak muda. Kita fikir ini cara terbaik dan kita salurkan kepada pihak PTPTN.

"Dengan kerjasama ini saya rasa lebih ramai anak muda yang mendapat kemudahan ini," katanya memetik Antarapos, hari ini.

Pengurangan 30 peratus itu akan disalur terus kepada PTPTN, selaras dengan kerjasama strategi lautan biru di antara dua badan berkenaan. — Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "