Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

12 Orang Anggota Polis Ditahan Disyaki Terlibat Dalam Kes Kubur Besar Di Padang Besar

28 Mei 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Selepas terbongkar kes penyeludupan manusia dan penemuan kubur besar dan 28 kem di Wang Kelian, Perlis seramai 12 orang anggota polis telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan lapan anggota polis berkenaan dan manakala empat lagi anggota telah ditahan sendiri oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

“Ia masih dalam siasatan sama ada mereka terbabit secara langsung atau hanya menjadi orang tengah kepada sindiket penyeludupan itu untuk masuk ke Malaysia. Kita akan siasat semua pihak termasuk Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Imigresen, Renjer Negeri Perlis, Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Bukan hanya polis atau anggota penguatkuasa saja, sesiapa yang ada bukti terbabit dengan penyeludupan ini kita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen.


Beliau sebelum itu telah menjawab soalan berhubung usul tergempar mengenai penemuan 139 kubur dan 28 kem mangsa pemerdagangan manusia di Padang Besar iaitu sempadan Malaysia-Thailand.

Untuk sampai ke tempat itu, kita perlukan sekurang-kurangnya tiga jam berjalan kaki.

Wan Junaidi turut memberitahu bahawa keadaan geografi di sebelah Malaysia sangat curam tetapi mudah diakses dari Thailand. Mungkin kerana faktor itulah sendiket memelih untuk menjadikan lokasi berkenaan sebagai tempat kegiatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini telah mengesahkan tentang penemuan 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas 11 kilometer persegi di Gunung Perlis, Wang Kelian, Perlis. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "