Kredit foto: Harian metro
Kota Bharu: Pagi semalam, Afif Asyraf, 28, dan sepupunya Amiruddin Nawi, 29, telah terlibat dalam kemalangan jalan saya semasa baru pulang dari menonton perlawanan final paiala FA di Bukit Jalil.
Kemalangan tersebut telah membabitkan kereta yang dinaiki mereka telah bertembung dengan sebuah treler menyebabkan Afif yang cedera parah telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala sepupunya, Amiruddin turut mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk rawatan kecemasan.
Kejadian tersebut berlaku di kilometer 105, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Laloh, Kuala Krai kira-kira pukul 6 pagi.
Menurut kakak mangsa, Norzila Yahya, 48, ibunya ada berpesan supaya Afifi membatalkan niatnya untuk ke Kuala Lumpur menyaksikan perlawanan bola tersebut.
"Emak menghalang adik ke Kuala Lumpur kerana isteri adik sedang sarat mengandung anak sulung dan dijangka bersalin dalam tempoh masa terdekat." katanya.
Jenazah Afif telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Kachang di sini, jam 2.30 petang semalam. - Siakapkeli.my