Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gambar Cium Duit Dalam Seminar Jadi Viral, Timbul Tanda Tanya

25 Mei 2015

Beberapa keping gambar yang memaparkan sekumpulan individu mencium wang dalam satu program telah menjadi viral di media sosial, seterusnya mencetuskan tanda tanya orang ramai apa yang sedang dilakukan oleh kumpulan tersebut.

Setelah siasatan dilakukan, gambar-gambar tersebut berasal dari satu "page" Facebook yang bertujuan untuk mempromosikan satu seminar.

Tiada apa yang pelik di dalam gambar-gambar yang dimuat naik melainkan aksi individu-individu di dalam gambar-gambar terbabit yang mencium duit.










Di media sosial, orang ramai saling memberikan pandangan masing-masing terhadap aktiviti ini. Ada yang memberikan komen positif dan ada juga yang mengatakan aktiviti ini tidak elok.

Seorang pengguna Facebook, Eiji berkata aktiviti ini mengarut dan mempersoalkan tindakan itu.


Seorang lagi pengguna Facebook, Haikal pula berkata dia pernah menyertai kursus ini dan amat bersyukur berpeluang menyertainya.



Kebanyakan pengguna media sosial bagaimanapun banyak memberi kritikan negatif tentang perkara ini.

Diharap agar pihak bertanggungjawab dapat memberi penjelasan tentang aktiviti ini agar tidak mendatangkan fitnah dan menjernihkan keadaan - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "