Jadi tersiar dilaman sosial begitu banyak gambar-gambar menunjukkan umat Islam Rohingya dibunuh, Umat Islam Rohingya di bantai dan pelbagai lagi.
Tapi tahukah anda sebenarnya begitu banyak gambar yang diselewengkan dan ini sebenarnya sudah menjadi satu fitnah yang disebarkan sedangkan agama Islam yang suci itu sendiri menegah dengan tegas umatnya menyebarkan fitnah.
Apakah sebenarnya tujuan gambar ini disebarkan? Oleh siapa? Ya! memang ummat Islam Rohingya dipukul, diasingkan dan dibunuh di negara mereka. Tapi perlukah disebarkan gambar yang sememangnya salah? kerana gambar ini yang sememangnya fitnah akan menyebabkan akan berlakunya permasalahan isu antara agama.
Gambar 1.
Gambar ini telah disiarkan oleh website dan media sosial dimana ia menggambarkan seorang Biksu Buddha telah membunuh seorang kanak-kanak Islam sedangkan FAKTA gambar ini asalnya adalah gambar semasa berlaku gempa bumi di China dimana golongan Biksu sedang membantu korban gempa bumi.
Gambar 2:
Gambar disebelah kiri itu disebarkan kononnya seorang lelaki ini merupakan etnik Rohingya yang dibunuh oleh Biksu Buddha tetapi FAKTA gambar ini adalah lelaki tersebut merupakan seorang beragama Budda dan masih lagi hidup sehingga sekarang.
Gambar 3.
Rangkaian gambar ini digembar gemburkan ianya merupakan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Myanmar tetapi FAKTA gambar ini adalah berlaku di Thailand di mana kejadian ini berlaku pada tahun 2004 di mana berlaku satu tunjuk perasaan di Tak Bai.
Peristiwa berdarah Tak Bai yang berlaku pada 24 Oktober 2004 merupakan peristiwa di mana 78 orang penduduk Islam kehilangan nyawa semasa dalam tahanan tentera Thailand, dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun kerajaan Thailand kemudiannya memutuskan bahawa tidak terdapat sesiapapun yang bersalah dalam kejadian tersebut.
Gambar 4:
Gambar diabwah pula disebarkan sebagai perang antara Budda dan Islam di Myanmar sedangkan FAKTA gambar ini kejadian demontrasi di Thailand pada 2007 kerana kenaikan harga minyak menyebabkan berlakunya tunjuk perasaan yang ganas.
Gambar 5:
Cerita mengenai gambar ini pula ialah kononnya umat Islam dibunuh oleh Biksu di Myanmar sedangkan FAKTA gambar ini ialah seorang lelaki dari kumpulan Jihad telah meletupkan diri dia sebuah wilayah Myanmar timur bersempadan dengan Thailand yang mengorbankan beberapa orang penduduk Islam dan Buddha.
Gambar 6:
Gambar ini terpaksa SK blurkan kerana agak ngeri dimana menunjukkan begitu ramai orang terbakar teruk.
Gambar ini digunakan untuk menunjukkan bertapa kejamnya umat Islam Burma diperlakukan apabila dibakar. Ya, memang ada umat Islam dibakar hidup-hidup disana tapi FAKTA gambar ini ialah menunjukkan mangsa kejadian lori minyak terbakar di Congo pada tahun 2010. Lori tangki membawa muatan pertol telah terbalik dan minyak telah tercurah ke kawasan perumahan yang terdapat ramai orang dan terbabar.
Berita dari BBC
Dalam kejadian ini seramai 230 orang telah meninggal kerana terbakar dan lebih 100 orang cedera.
Gambar 7:
Gambar ini beredar di laman sosil mengenai mayat umat Islam Myanmar sedangkan FAKTA gambar ini adalah gambar mangsa Taufan ANrgis yang berlaku pada tahun 2008 yang berlaku di Myanmar.
Gambar 8:
Gambar yang disebarkan kononnya para biksu Budha sendang mempersiapkan pembakaran mayat untuk menghilangkan bukti pembunuhan umat Islam Rohingya di Myanmar sedangkan FAKTA gambar ini adalah majlis pengebumian mayat-mayat mangsa satu kejadiaan gempa bumi di China.
Jadi pesanan kepada Netizens sebelum sebarkan gambar selidik dahulu tentang kejadian sebenar kerana elakkan diri kita dari menjadia egen penyebar fitnah. Walaupun ia dengan niat yang baik untuk membantu dan mendedahkan tentang penderitaan umat Islam di Myanmar. Tapi berhati-hatilah, pastikan ianya sahih dahulu.
Jangan tanpa sedar kita sebenarnya melakukan dosa fitnah ini. Apapun bersama kita mendoakan akan keselamatan saudara kita di sana. - Siakapkeli.my
SUMBER: ISLAMTOLERAN.COM