LONDON: Pihak kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan cuba mempertimbangkan sama ada untuk merayu dalam kes seorang pelajar tajaan Mara yang dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Southwark Crown di London
Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihak kementerian KKLW boleh mengemukakan rayuan untuk mengurangkan tempoh hukuman itu tetapi tertakluk kepada perundangan di negara itu
Sebelum ini seorang pelajar genius Matematik dari Malaysia, 23 tahun yang belajar di Imperial College London telah ditahan oleh pihak polis Britain selepas dikatakan memiliki 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak.
Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun baru-baru ini selepas ditangkap Polis Metropolitan pada November lalu tetapi menurut Mara dalam satu kenyataan mendakwa pelajar itu hanya dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan.
Dia yang berasal dari Malim Nawar, Kampar, Perak, dikatkaan memiliki lebih dari 1000 rakan perkongsian video seks kanak-kanak menerusi laman sosial Facebook malah terkenal dengan foto-foto bahagia bersama keluarga dan sahabat.
Dia menamatkan pengajian di sebuah sekolah berasrama penuh, Sekolah Menengah Sains Teluk Intan pada 2009, Dia berkembang seumpama menjadi seorang ahli matematik yang paling sempurna di Malaysia.
Kegiatannya di London hanya terbongkar apabila pihak polis telah melakuakan serbuan di rumah beliau dan terkejut mendapati pelajar genius itu berada di samping komputer ribanya masih terbuka, manakala sebelahnya patung saiz sebenar budak lelaki. - Siakapkeli.my