Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

BN Berjaya Pertahankan Kerusi Parlimen Rompin Walaupun Majoriti Semakin Berkurang

6 Mei 2015
No Comment


ROMPIN: Barisan Nasional (BN) nampaknya berjaya mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen dalam pilihan raya kecil yang berlansung semalam.

Calon BN, Datuk Hasan Arifin, 62, telah mendapat 23,796 undi berbanding calon PAS, Nazri Ahmad,40, yang mendapat uni 14901 dengan majoriti 8,895 undi dan 591 undi rosak.

Dengan kemengan ini nampaknya jumlah majoriti yang dimenangi calon BN telah berkurang sebanyak 7000 ribu.

Pada pilihan raya umum ke-13 lalu, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis telah memenangi kerusi tersebut dengan mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Keputusan telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Fadzilla Salleh di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah malam tadi.

Bagaimanapun jumlah pengundi keluar mengundi kali ini berkurang dari 85.89 peratus ke 74 peratus kali ini di mana perbezaannya adalah sebanyak 11 peratus.

Pilihan raya kecil Rompin diadakan berikutantan terdapat kekosongan kerusi parlimen tersebut selepas penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis telah meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "