Kastam Terkejut Seorang Kanak-Kanak Diseludup Dalam Beg
SEPANYOL: Sekumpulan pegawai kastam dikejutkan dengan penemuan seorang kanak-kanak di dalam sebuah beg ketika melalui imbasan.
Dalam kejadian yang berlaku di bandar Ceuta, Sepanyol berkenaan, beg tersebut ditarik oleh seorang wanita yang berusia 19 tahun yang ingin memasuki Sepanyol.
Pihak kastam bagaimanapun merasa curiga sepertinya ada sesuatu yang tidak kena pada wanita itu yang mana kelihatan resah ketika pemeriksaan dilakukan.
Disaat beg tersebut memasuki mesin pengimbas, pergawai kastam terkejut kerana melihat seperti manusia di dalamnya.
Beg tersebut lalu dibuka untuk pemeriksaan dan mendapati seorang kanak-kanak lelaki yabg berusia lapan tahun di dalamnya.
Bagaimanapun kini pihak polis telah berjaya menahan bapa kanak-kanak berkenaan yang merupakan warga Ivory Coast.
Menurut laporan awal siasatan, kanak-kanak itu merupakan mangsa aktiviti penyudupan warga asing ke Sepanyol. — Siakapkeli.my