Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak Tujuh Tahun Maut, Ibu Cedera Parah Selepas Kereta Dinaiki Terjunam Ke Dalam Longkang Sedalam Empat Meter

8 Mei 2015
No Comment


AMPANG: Seorang kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun maut manakala ibunya pula cedera parah selepas kenderaan yang di naiki mereka telah hilang kawalan dan menjunam ke dalam sebuah longkang besar sedalm empat meter di Persiaran Sering, Ukay Perdana, di sini, 9.40 malam tadi.

Kanak-kanak tersebut, Nur Istihar Balqis meninggal di tempat kejadian manakala ibunya, Nur Fatin Yakob, 26, mengalami kecederaan teruk kerana telah tercampak keluar sejauh tiga meter dari kenderaan mereka.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Mohd Nizam Abd Razak, berkata, kanak-kanak tersebut telah ditemui di tempat duduk belakang dan ibunya ditemui tidak sedarkan diri sejauh tiga meter dari kereta dan terus dikejarkan ke Hospital Ampang.

"Satu jentera dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan awam pada 9.47 malam," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "