Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

10 Faktor Yang Menjadi Penghalang Seseorang Itu Sukar Untuk Peroleh Kejayaan

10 Feb 2017
No Comment

Jika berusaha lebih, tidak mudah putus asa, pastinya kita akan dapat mencapai apa yang diinginkan. Ada ketikanya juga, kita telah terlalu lama menunggu, tetapi masih belum mencapai apa yang ingin dicapai, mungkin masanya belum tiba lagi, sabar dan terus berusaha, juga berdoa agar anda boleh mencapai apa yang dihajati.

Begitulah yang harus ditempuh buat mereka yang ingin berjaya, ianya bukanlah satu jalan yang mudah, banyak cabaran, dugaan, juga halangan yang perlu dihadapi sebelum boleh menjadi seorang insan yang berjaya.

Terdapat pelbagai halangan yang ada di sekeliling kita, juga dalam diri kita sendiri, yang menyebabkan kita sukar untuk mencapai kejayaan. Ketahui apakah halangan tersebut, dan cuba tanganinya dengan baik supaya anda boleh berjaya seperti orang lain juga.

Menurut dari perkongsian saudara Amir Syahir, terdapat 10 perkara yang menjadi faktor penghalang kita untuk berjaya. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian darinya.


Penghalang Kejayaan

Setiap orang mesti mempunyai impian untuk berjaya. Untuk mencapai kejayaan banyak halangan yang dugaan yang perlu dihadapi. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan pengorbanan.

Adakalanya dalam perjuangan itu, ada yang mudah berputus asa sebelum mencapai apa yang diimpikan. Ingatlah, tiada kejayaan tanpa usaha dan semangat yang kuat. Hati dan mental kena kuat untuk menghadapi halangan-halangan yang timbul dalam usaha dan perjalanan untuk mencapai apa yang diimpikan.
.
Antara halangan untuk berjaya :

1. Skeptikal dan ego

Terlalu was-was, rasa tahu tapi sebenarnya tak tahu. Tetapi tidak mahu belajar daripada yang lebih tahu kerana ego lebih menguasai diri.

2. Rasa takut 

Takut untuk mencuba sesuatu. Kau takkan pernah capai apa yang kau nak kalau kau takut untuk mencuba.

3. Rasa tak layak dan rendah diri 

Sifat ini tidak patut ada dalam diri jika hendak mencapai kejayaan. Semua layak untuk berjaya. Yang penting keberanian dan usaha.


4. Rasa tak yakin 

Keyakinan penting untuk memulakan sesuatu. Kalau kau tak yakin dengan diri sendiri, macam mana orang nak yakin dengan kau?

5. Suka bertangguh 

Kalau bertangguh sampai bila pun kau tidak akan berjaya. Orang lain dah maju ke hadapan, kau masih di takuk yang lama. Berubahlah. Buat sekarang. Kau ingat kejayaan nak tunggu kau ke?
.
6. Suka bagi alasan 

Orang yang hendak berjaya mencari 1001 jalan, orang malas mencari 1001 alasan. Tidak ada alasan untuk tidak berjaya. Kau kena usaha.


7. Dengki 

Dengki juga boleh buat menyebabkan kau tak berjaya. Kau terlalu sibuk mengumpat kejayaan orang lain sampai kau langsung tak ada masa untuk baiki diri kau sendiri.

8. Terpengaruh dengan kawan yang negatif 

Dengan siapa kita berkawan akan mempengaruhi cara kita bertindak. Jadi, kau perlu bijak memilih kawan.

9. Tidak bersungguh-sungguh 

Buat sesuatu ala kadar je. Macam mana nak berjaya? Kalau nak sesuatu, kena bersungguh-sungguh.

10. Malas 

Nak berjaya tetapi malas. Ini la "penyakit" yang paling susah nak diubati. Racun yang paling berbisa.

***

Jika sebelum ini kau pernah hadapi zaman kejatuhan dan kegagalan, kau kena bangkit kembali. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.

Tiada jalan pintas untuk berjaya. Banyak onak dan duri perlu diharungi. Jadi, kau kena persiapkan diri kau. Jangan mudah mengalah.

Hanya kau yang kenal diri kau sendiri. Jadi ayuh kita baiki diri sendiri supaya lebih maju ke hadapan.

SHARE l TAG mereka yang kau sayang supaya lebih berjaya tahun ini.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "