Namun begitu, ada kekurangan jika kita melihat juga membanding-bandingkan itinerari antara satu sama lain, dan cuba ditiru untuk kegunaan sendiri. Ini kerana setiap orang mempunyai cara mereka yang tersendiri, dan berbeza dari pelbagai sudut, seperti masa, kewangan atau kepentingan.
Untuk itu, adalah lebih baik jika anda merancang sendiri apa yang anda inginkan, dan bina itinerari anda berdasarkan kehendak, dan keperluan percutian anda. Bagi memberi anda gambaran yang lebih jelas, saudara Faiz Najmi telah kongsikan bagaimana caranya untuk anda membina itinerari anda sendiri.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Saya perasan bila saya travel ramai yang minta itenerari. Bukan dengan saya saja, malah apabila travelers lain pergi berjalan, hatta di halaman travel lain sekalipun ramai yang meminta itenerari.
Setiap pengembara mempunyai itenerari yang berbeza walaupun di destinasi yang sama kerana wujudnya perbezaan dari segi tempoh perjalanan, musim perjalanan, berapa orang ikut sekali, jenis kenderaan, berapa banyak wang yang dibawa, kemampuan pengembara, tahap pengetahuan/pendidikan pengembara, stamina dan kesihatan pengembara, dan preference pengembara itu sendiri.
Ada pengembara yg lebih hebat sikit suka kumpul itenerari sebagai rujukan. Mereka ini buat homework cuma kadangkala mengumpul beberapa itenerari untuk sesuatu destinasi sebagai rujukan boleh jadi overwhelming dan misleading. Harga penerbangan dan hotel berbeza, musim dan cuaca pun berbeza, harga mungkin naik, keadaan politik mungkin tidak stabil, dan nilai matawang turun naik tidak menentu.
Yang penting dalam mengembara ialah niat & semangat mengembara itu sendiri, bukan itenerari. Itenerari hanya garis panduan sahaja. Tak ikut itenerari bukan jenayah besar. Saya sendiri seringkali mengubah rancangan daripada itenerari itu sendiri.
Bagi saya, adalah lebih sesuai meminta itenerari daripada agensi pelancongan berbayar, kerana efeknya serupa, tidak payah buat homework biar orang lain buatkan. Bagi mereka yang kesuntukan masa, tiada masalah membayar untuk beri itenerari.
Membina itenerari mengambil pelaburan masa untuk menyelidik yang banyak, adalah tidak adil untuk minta traveler lain beri percuma begitu saja. Lagipun, itenerari orang lain tidak menjamin keseronokan mengembara kerana telah hilang elemen "surprise" daripadanya, sehingga hilang semangat "adventure" dan "spontaneity" yang dimahukan daripada pengembaraan itu sendiri.
Di sini saya akan bagi guideline cara paling mudah membuat itenerari yg sesuai (gambarajah sebagai rujukan), dan saya dah rungkaikan dengan lebih jelas dalam buku saya MUSAFIR DUNIAWI.
1. Niat / Tempat
Pertama-tama sekali, buat NIAT nak mengembara ke mana dahulu? Nak pergi Skandinavia tengok aurora? Nak pergi Peru tengok Machu Picchu? Nak ke New Zealand buat skydiving? Nak pergi Korea layan kimchi dan k-Pop? Finalize nak berjalan ke mana kemudian cari penerbangan.
Cari penerbangan kalau boleh yang paling efisien dan BELOW MARKET PRICE. Selalukan tengok internet berapa harga standard, dan cari below market price. Biasanya nak tiket murah ini ada transit, kalau transit panjang boleh berjalan di negara transit panjang itu (sebagaimana kami pernah buat ke Madagascar, dan transit seharian di Mauritius). Banyak cara boleh dapatkan flight murah, saya banyak tulis dalam buku MUSAFIR DUNIAWI.
Pastikan juga TEMPOH perjalanan realistik. Pergi 14 hari ke Mauritius mungkin lama sangat dan bosan pulak kan? Empat hari di USA pula singkat sangat tak habis jetlag dah kena balik pulak. Dan perlu matching dengan tarikh cuti.
Perlu diingat HARGA bukan segala-galanya. Apa gunanya murah atau percuma kalau banyak benda tak boleh buat, banyak tempat tak dapat pergi? Kalau pergi Cusco, Peru tak melawat Machu Picchu sebab berkira-kira mahal (RM500+) nak ke situ, rugilah pulak kan? Kalau nak murah hiking lah sikit, cuma memerlukan masa 4 hari hiking. Maka, anda perlu ambil masa 7 hari di kawasan itu saja.
Perlu diingat jika anda tiada masa, korbankan wang sikit. Kalau tiada wang, korbankan masa sedikit. Itu ialah cara travel!
Masa buat draf itenerari (pertama, kedua, ketiga dan terakhir), buat empat kolum dalam itenerari untuk TARIKH, PENGANGKUTAN, PENGINAPAN dan AKTIVITI.
kemudian buat beberapa baris (row) mengikut hari mengembara, kalau 10 hari tambahlah sepuluh baris di bawah kolum empat itu.
Ini tak susah sangat kan? Ok kemudian, kita buat satu per satu.
a. Kolum pertama - PENGANGKUTAN
✅ Bahagian ini PALING PENTING dan wajib buat penyelidikan yang menyeluruh untuk topik pengangkutan sahaja.
✅ Kos pengangkutan adalah kos paling BESAR dalam sesuatu pengembaraan, lebih kurang 60-70% jumlah perbelanjaan dalam sesuatu pengembaraan. Masalah travel paling besar pun berpunca daripada sini juga. Maka gagal merancang, sukarlah perjalanan!
✅ Jika melibatkan penerbangan, wajib tahu airlines, waktu penerbangan dan pendaratan. Rancang perjalanan dengan mengambil kira potential delay, jarak airport dengan destinasi yg dituju, immigration, security, baggage claim, dan lain-lain.
✅ Pergerakan dari poin A ke poin B adalah penting untuk dirancang lagi-lagi jika guna pengangkutan awam seperti bas, keretapi atau feri. Paling penting perlu tahu MASA yang available, dan kemudian baru HARGA. Jika tiada pengangkutan awam setelah mencari sana sini, buat backup plan atau re-route semula perjalanan. Baru lancar perjalanan nanti.
✅ Lebih fleksible jika dapat guna kereta sewa persendirian. TEMPOH MASA perjalanan boleh dirancang sendiri melalui google maps atau Waze, cuma HARGA SEWA, PETROL dan TOLL perlu diambil kira.
✅ Perlu ingat bahawa di negara maju, jadual pengangkutan awam mereka lebih tepat, namun kurang fleksible (kurang menyediakan pengangkutan) lagi-lagi jika waktu cuti umum. Namun, di negara kurang maju, pengangkutan awam tidak semestinya on time, namun ia lebih fleksible sewaktu cuti atau hujung minggu.
✅ Kadangkala flight cancellation disebabkan cuaca atau strike bantahan oleh pekerja pengangkutan awam (seperti yang selalu jadi di Eropah) bukan salah kita, namun perlu alert jika ada berita sedemikian dan perlu ada fleksibiliti dan buat plan B.
✅ Tulis harga setiap pengangkutan dan transfer supaya anda dapat merancang KEWANGAN, seperti berapa banyak wang tunai nak bawa atau rancang penggunaan kad kredit/debit.
✅ PENTINGKAN HARI TERAKHIR. Maksud saya apabila anda nak balik Malaysia, pastikan perjalanan anda smooth. Contohnya pergi balik melalui London, tapi hari terakhir anda berada di Macedonia. Maka perlulah rancang jalan pulang mengikut masa walau se-sukar atau semahal mana sekalipun.
b. Kolum kedua - PENGINAPAN
✅ Perkara ini dibuat selepas selesai kolum pengangkutan. Perlu diingat bahawa penempatan pun perlu dirancang awal supaya ada tempat berehat apabila tiba waktu malam, tidak kalut.
✅ Faktor paling penting yang perlu diambil kira untuk penempatan ialah LOKASI. Jika lokasi hotel tengah bandar, mungkin tiada masalah untuk transfer menggunakan pengangkutan awam atau jalan kaki. Namun jika jauh dari pekan, hal pengangkutan perlu review semula.
✅ Antara faktor lain yang saya rasa penting juga ialah harga, reception 24 hours (lagi-lagi kalau ketibaan selepas tengah malam), transfer ke dan dari airport, wifi percuma, tahap keselamatan, dan dapur untuk masak sendiri.
✅ Faktor tambahan yang bagus untuk ada ialah sarapan percuma, dobi, kemesraan, spa, toiletries, bayaran guna kad kredit/debit dan lain-lain. Anda boleh tengok review markah mereka dalam aplikasi-aplikasi seperti hostelworld, booking.com, agoda dan sewaktu dengannya.
✅ Jika melibatkan penempatan percuma seperti COUCHSURFING, perkara yang paling perlu diambil kira ialah KESELAMATAN. Sebab itu penting berkawan sebulan dua dengan rakan Couchsurfing anda supaya anda boleh tahu bagaimana personaliti dan impression anda terhadapnya. Tanya ke mana dia pernah travel dan tanya pengalaman Couchsurfing-nya serata dunia. Kongsi pengalaman dapat, berkawan dapat, rasa selamat pun dapat!
✅ Bayar deposit dahulu, dan pastikan bawa wang tunai secukupnya untuk membayar yang selebihnya. Dengan ini anda boleh rancang KEWANGAN semasa travel juga.
c. Kolum ketiga - AKTIVITI
✅ Bahagian ini paling fleksible, boleh rancang ikut minat sendiri. Ada orang minat muzium, ada minat gunung. Jadi rancanglah ikut keperluan sendiri.
✅ Biarkan kosong pun tidak apa, nak bagi ruang untuk rehat jetlag, ruang untuk adventure & spontaneity, jalan-jalan bersama orang tempatan, bermalasan rehat-rehat, shopping.
✅ Kalau boleh letaklah dua aktiviti, satu pagi satu petang, supaya tak nampak blur sangat apa nak dibuat di situ. Boleh rujuk wikitravel, tripadvisor, travel blog, travel pages sebagai rujukan.
✅ Jika aktiviti itu berbayar, tuliskan harga sekali supaya masuk dalam perancangan kewangan.
✅ Jika anda menggunakan smartphone, saya cadang download dahulu peta bandar/pekan/kampung anda di mana ada wifi dan cari navigasi ke arah destinasi aktiviti anda, supaya anda tahu perjalanan pergi dan pulang. Bagi saya ini memudahkan perjalanan lagi-lagi bagi yang senang sesat macam saya, dan jimat daripada menggunakan peta kertas.
✅ Kalau di negara bukan Islam, cari terus tempat makanan halal dan senaraikan di situ. Kalau tiada, beli telur atau tuna di kedai runcit saja, masak di dapur hotel/hostel kalau ada.
Takdelah susah sangat buat itenerari ini. Buatlah dua tiga empat draf sampai puas hati. Perlu diingat itenerari ini hanyalah panduan sahaja. Fleksibiliti perlu tetap ada. Tidak apa jika nak ubah itenerari semasa perjalanan nanti. Kadangkala keadaan berubah, maka cara berfikir pun perlu tetap berubah.
Sebagai pengembara yang PALING penting ialah niat & semangat pengembaraan itu sendiri. Jika ada semangat tersebut maka tiada masalah untuk anda mencari jalan.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kan?
- Siakap Keli