Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Warga Emas Maut Kemalangan Selepas Edar Kad Kahwin Anak

9 Feb 2017


ALOR GAJAH, 9 Feb  - Seorang warga emas maut dalam kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin Pengkalan di sini hari ini selepas menghantar kad jemputan kahwin anaknya.

Menurut Sinar Online, warga emas itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah ketika kejadian.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Permai Rembia.

Menurut sumber, ketika warga emas itu tiba ditempat kejadian, motosikal Honda Wave yang ditunggang mangsa dipercayai keluar dari simpang sebelum bergesel dengan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun dari arah sama.

"Akibat pelanggaran itu mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat," katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian.

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "