Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Sulung Lebih Bijak Berbanding Adik-Beradik Lain - Kajian

9 Feb 2017

Satu kajian yang baru sahaja diterbitkan baru-baru ini mendapati anak sulung lebih bijak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.

Pakar ekonomi di Universisi Edinburgh telah membuat kesimpulan bahawa anak sulung mendapat markah yang lebih tinggi di dalam ujian IQ berbanding adik beradik yang lain seawal dari umur satu tahun.

Pengkaji berkata penemuan itu dapat dijelaskan dengan anak sulung menerima lebih stimulasi mental dan sokongan dalam membangunkan skill berfikir dari ibu bapa di awal umurnya.

Penemuan itu, yang diterbitkan di Journal of Human Resources, boleh membantu menjelaskan apa yang dipanggil 'kesan susun atur kelahiran' apabila adik-beradik yang lebih tua dalam keluarga dilihat menikmati gaji yang lebih baik dan pendidikan yang lebih tinggi, kata penyelidik.

Kajian yang dijalankan dengan kerjasama antara Analaysis Group dan Univerisiti Sydney itu menganalisis data dari US Children of the National Longitudinal Survey of Youth yang dikumpul oleh US Bureau of Labour Statistics.

Hampir 5,000 kanak-kanak diperhatikan dari hari kelahiran sehingga umur 14 tahun dari segi latar belakang keluarga dan keadaan ekonomi. Mereka juga diberi ujian setiap dua tahun bagi menguji skill-skill termasuk membaca.

Penyelidik menggunakan kaedah statistik kepada data ekonomi tersebut untuk menganalisis bagaimana tingkah laku ibu bapa seperti merokok dan meminum minuman keras semasa mengandung mempunyai kaitan dengan markah ujian anak mereka.

Kajian itu mendapati bahawa ibu lebih berani mengambil 'risiko (merokok, minum arak dan lain-lain)' apabila mengandung anak seterusnya. Selain itu ibu bapa juga dilihat kurang memberikan aktiviti-aktiviti stimulasi mental kepada anak-anak yang seterusnya (mengikut urutan).

Dr. Ana Nuevo-Chiquero dari Bahagian Ekonomi Universiti Edinburgh berkata hasil ujian ini mencadangkan bahawa perubahan meluas dalam tingkah laku ibu bapa adalah penjelasan yang munasabah kepada perbezaan gaji dan pendidikan dalam 'kesan susun atur kelahiran' ini.

Sumber: Metro.co.uk
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "