Kanak-Kanak Cedera Terjatuh Dari Eskalator Pusat Beli-Belah
KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak dua tahun cedera selepas terjatuh dari satu eskalator di sebuah pusat membeli belah di 1Borneo disini petang tadi.
Menurut Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M.Chandra, kanak-kanak perempuan itu kini dilaporkan stabil dan sedang menunggu keputusan x-ray.
"Mangsa yang mengalami kecederaan di mata kiri, hidung dan mulut telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth II untuk menerima rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil," katanya memetik laporan dari mStar Online.
Punca kejadian masih dalam siasatan. - Siakapkeli.my