China, 11 Mei: Video yang bakal anda saksikan ini bukanlah hasil dari efek khas berkomputer. Kejadian yang memaparkan 80 peserta koir malang ini terjatuh secara serentak ini benar-benar berlaku di China. Difahamkan, kejadian berlaku kerana pentas yang digunakan oleh kumpulan itu tidak dapat menampung bilangan orang yang terlalu ramai.
Tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan, tetapi 8 dari peserta koir yang terlibat cedera.
Video yang mengejutkan itu dirakam ketika kumpulan ini sedang melakukan latihan untuk satu pertandingan nyanyian di sebuah teater di Bijie, sebuah bandar yang berkepadatan penduduk seramai 6 juta orang di Wilayah Guizhou.
Kemalangan ini berlaku pada Sabtu(masa China) dan video rakamannya telah dimuat naik pada hari Ahad oleh China Central TV. - Siakapkeli.my