Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Familia Myvi Club (FMC) Nafi Ahli Mereka Punca Kemalangan Sebaliknya Salahkan Pajero

3 Mei 2015
No Comment


Berikutan kes kemalangan yang meragut tiga nyawa di atas Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) yang menjadi viral semalam yang berpunca dari enam buah kereta Myvi milik ahli kelab Familia Myvi Club (FMC) yang berlumba.

Pihak FMC telah menafikan ahli-ahlinya terlibat dalam perlumbaan yang didakwa tersebut dan sekaligus menafikan terlibat dan menjadi punca dalam kemalangan tersebut.

Dikatakan dua daripada mereka yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah tampil membuat laporan polis menafikan mereka terlibat dengan kejadian lumba haram seperti yang di laporkan oleh media.



Selain itu terdapat seorang wanita dikatakan wakil daripada FMC telah mengeluarkan kenyataan menafikan rakan-rakannya terlibat dalam lumba tersebut.

"Assalamualaikum semua. Itu memang budak kelab Yana. Semua yang terlibat selamat dan apa yang tersebar tidak betul.

"Diorang bukan berlumba," katanya menafikan dakwaan beberapa portal berita yang mendakwa ahli-ahli yang terlibat berlumba sehingga menyebabkan kemalangan.

"Tolong jangan percaya pada (berita) viral yang tersebar. Mereka hanya menjalankan tugas sedangkan tidak tahu perkara yang sebenar. 

"Kami satu kelab kena hentam habis-habis dengan kelab lain tetapi kami di tempat yang terlibat tahu perkara yang sebenar. Harap semua jangan sebar yang bukan-bukan kalau tak tahu pangkalnya. Terima kasih," katanya.


BACA: Luahan Hati Dan Rayuan Adik Mangsa Kemalangan Ragut Tiga Nyawa di Atas DUKE

Bagaimanapun terlalu ramai saksi ditempat kejadian tampil memberi maklumat dan mereka menjadi saksi melihat kereta-kereta Myvi tersebut memang berlumba.

Dengan penafian FMC ini nampaknya telah menimbulkan lebih banyak lagi kemarahan di kalangan netizens.

Berikut adalah bukti dan maklumat daripada orang ramai yang menjadi saksi di tempat kejadian.





Apapun kes ini sudah di dalam siasatan pihak polis dan saksi yang tampil nampaknya ramai dan harapan SK kepada saksi-saksi supaya memberi kerjasama kepada pihak polis demi menegakkan keadilan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "