Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Dilahirkan Dengan Hati, Usus Dan perut Diluar Badan Semakin Menunjukkan Kemajuan

3 Mei 2015
No Comment


NORTHUMBERLAND, Britain: Seorang ibu redha dengan keadaan anaknya yang dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna apabila semasa dilahirkan dengan usus, hati dan perut diluar badan.

bayi tersebut yang kini sudah berusia 14 bulan  masih memerlukan bantuan pembedahan untuk memasukkans emua semua organ tersebut kedalam badannya.

Keadaan Nell Marshall yang dilahirkan pada 4 Mac 2014 itu berlaku disebabkan perutnya tidak terbentuk secara sempurna ketika berada di dalam rahim ibunya.

Menurut ibu bayi tersebut, Joanne Marshall, 35, berkata, sekumpulan pakar jantung memaklumkan mereka menemui sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini sejak 30 tahun berkecimpung di dalam bidang perubatan.

“Mereka menemui satu lubang antara pembuluh darah yang keluar dari jantung dan memaklumkan anak kami mungkin tidak mampu hidup lama,” katanya.

Neel sebelum ini telah banyak kali menjalani rawatan pembedahan termasuk tampalan kulit khinzir di bahagian perutnya untuk menutup lubang yang menyebabkan organnya terkeluar.

Selain menutup lubang tersebut pembedahan membetulkan pembuluh darahnya juga dilakukan melibatkan waktu pembedahan selama lima jam di Hospital Freeman.

Selepas setahun, Nell dilihat semakin sihat, namun masih perlu menjalani pembedahan dalam tempoh enam minggu lagi untuk memasukkan semua organ itu ke dalam badannya. – Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "