"Isteri Saya Bukan Janda Anak Satu" - Fahrin Ahmad
Susulan pengumuman pernikahan pasangan Fahrin Ahmad dan Isterinya pada Selasa lalu, pelbagai spekulasi timbul sehingga ada yang mengatakan bahawa pasangan Fahrin itu pernah berkahwin dan merupakan janda anak satu.
"Selepas saya umum berita pernikahan kami pada Selasa lalu, macam-macam spekulasi timbul sehingga ada yang mengatakan isteri saya adalah seorang janda beranak satu." katanya memetik laporan mStar online.
Bagaimanapun Fahrin sendiri telah tampil memperjelaskan dakwaan yang tidak berasas itu.
Menurutnya, spekulasi seperti itu sepatutnya tidak wujud kerana ia adalah berita yang tidak sahih dan kenyataan-kenyataan itu bukannya keluar dari mulutnya sendiri tetapi dari pihak tidak bertanggungjawab yang suke menimbulkan fitnah.
Dia menegaskan bahawa isterinya itu tidak pernah berkahwin dan sekaligus menolak dakwaan tersebut.
"Bukan, dia tidak pernah berkahwin. Bila difikirkan balik, saya melihat, ada hikmah disebalik tindakan saya merahsiakan identiti Elena daripada orang ramai.
"Jika tidak, saya percaya macam-macam bentuk spekulasi yang akan timbul dan mungkin boleh merosakkan kelancaran majlis pernikahan kami,".
Pasangan tersebut bagaimanapun telah selamat diijabkabulkan dengan sekali niat di Pusat Konvesyen Sime Darby di sini kira-kira pukul 10.40 pagi Sabtu. — Siakapkeli.my