Jenazah Nor Atikah Alias Selamat Tiba Di Tanah Air Daripada Rusia
SEPANG: Jenazah pelajar Malaysia, Nor Atikah Alias, 25, yang terlibat dalam kebakaran di asrama kediamannya di Rusia telah selamat sampai di tanah air.
Pesawat yang menerbangkan jenazah Atikah pulang tleahs elamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.45 malam tadi dengan diiringi oleh bapanya iaitu Alias Yaacob dan ibu Najihah Mat Jusoh serta tunang Nor Atikah iaitu Wan Mohd Ikwan.
Setelah sampai di KLIA, jenazah diturunkan dan terus dimasukkan ke dalam van jenazah menuju ke kampung arwah di Kampung Bukit, Jeram Linang, Pasir Putih, Kelantan untuk pengebumian hari ini pukul 10 tadi.
Bapa Atikah, Encik Alias mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam proses membawa pulang jenazah anaknya itu terutama Wisma Putra, Yayasan Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Nor Atikah, 25, pelajar perubatan tahun akhir Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Rusia di Moscow meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Sklifosovskogo selepas melecur ditangan, muka dan kaki selepas asrama kediaman tempat beliau tinggal terbakar. - Siakapkeli.my