KDN Dan Peguam Negara Perlu Siapkan daftar Nama Pesalah Pedofilia
KUALA LUMPUR: Berikutkan penahanan pelajar Malaysia yang dikatakan menyimpan gambar-gambar dan video pornografi kanak-kanak di United Kingdoms baru-baru ini.
Memetik laporan Astro Awani, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye telah mencadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara supaya mewujudkan daftar nama pedofil di Malaysia dan mendedahkannya kepada umum.
“Pedofilia merupakan jenayah serius dan ia kini berlaku di banyak negaradi dunia ini, terutamanya di negara mundur dan miskin. Kanak-kanak ini menjadi mangsa apabila diperalatkan sindiket-sindiket tertentu,” ujar beliau.
BACA: Seorang Pelajar Malaysia di London Dipenjarakan Gara-Gara Gambar Porno Kanak-Kanak
BACA: PEDOFIL: MARA Pertimbang Rayuan Untuk Kurangkan Tempoh Hukuman Penjara Terhadap Pelajar Malaysia
Penguatkuasaan perlu dilakukan oleh keuda-dua pihak ini dengan menggandakan usaha mengenakpasti dan memperketatkan undang-undang bagi menangani kes pedofil ini.
“Paling penting adalah menyiapkan daftar nama pesalah pedofilia yang merekodkan sesiapa sahaja yang didapati bersalah melakukan aktiviti tersebut.
“Daftar nama itu juga boleh digunakan oleh pihak berkenaan untuk membuat semakan dan pemantauan jangka panjang bagi pesalah terlibat,” ujar Lam Thye.
Segala maklumat tentang sesiapa yang terlibat dalam kes pedofil ini perlulah boleh diaskses oelah orang ramai bagi membolehkan ibu bapa lebih berjaga-jaga dan berwaspada.
“Walau bagaimanapun, perkara ini perlu dibincangkan dengan terperinci dan secepat mungkin oleh pihak yang terlibat,” kata beliau.
Fitri yang berumur 25 tahun yang kini sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan di penjara negara tersebut - Siakapkeli.my