Ekoran dilihat sering memakai skaf dan selendang di beberapa acara hiburan, selain pernah tampil bertudung baru-baru ini, Erra Fazira mengakui dirinya sedang membiasakan diri untuk ke arah itu.
“Doakan…itu adalah impian saya. Ini bukan sesuatu yang biasa di jaja ceritanya…biar ia datang ikhlas dari hati atas dasar kesedaran dan tanggungjawab. Ia hadir tanpa ada paksaan dari mana mana pihak. Insya-Allah, doakan supaya bahagian penghijrahan saya dipermudahkan dan diberkati,” katanya memetik Rotikaya.
Penyanyi itu berkata sedar akan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan mahu semua peminatnya mendoakan yang terbaik untuk dirinya. -Siakapkeli.my