Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PKR Dakwa Anwar Makin Susut, Mungkin Ada Masalah Usus

30 Mei 2015


PETALING JAYA: Tahap kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan semakin membimbangkan dengan berat badannya menurun dengan mendadak, dakwa pimpinan PKR.

Bukan itu sahaja, menurut Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul, sampel najis Anwar turut mempunyai darah selain kecederaan di beberapa bahagian badan.

"Anwar kehilangan berat badan kira-kira 6kg dan sungguh membimbangkan sekiranya ia berterusan. Terdapat simptom kesan darah dalam sampel najis beliau yang memerlukan pemeriksaan perubatan secara lebih dekat. Tekanan darah beliau juga tidak menentu, bacaan setinggi 163/108 walaupun sedang menjalani rawatan ubatan.

"Anwar juga mempunyai kecederaan yang teruk di bahu kanan (dalam sebuah kejadian setahun lepas) yang masih meletakkan beliau dalam kesakitan. Kecederaan ini memerlukan pemeriksaan MRI, rawatan dan berkemungkinan pembedahan untuk pulih," katanya hari ini.

Perkara itu turut disahkan oleh anak-anak Anwar yang lain iaitu 
Nurul Izzah Anwar, Nurul Nuha Anwar dan Nurul Ilham Anwar. 

Sehubungan itu mereka menggesa pihak penjara segera memberikan rawatan kepada Anwar dengan tidak menafikan hak sebagai seorang banduan.

Izzah dalam pada itu mendakwa sebarang halangan untuk bertemu dengan bapanya dan bertentangan dengan prosedur penjara sebelum ini adalah disebabkan oleh arahan kuasa politik. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "