Di Thailand, satu spesies baru tebuan dikenali sebagai Ampulex Dementor ditemui dan amat berbahaya kerana dikatakan boleh menjadikan mangsa sengatannya sebagai 'zombie'.
Lipas antara serangga yang menjadi mangsa buruan tebuan berkenaan.
Sebelum memakan mangsanya, tebuan itu akan menyuntik racun ke dalam tubuh dan mangsa serta-merta akan lumpuh dan hilang daya untuk melawan sengatan.
Ampulex Dementor antara 139 spesies spesies baru ditemui di Sungai Mekong. — Siakapkeli.my