Elena Hani Sanggup Berhenti Bekerja Sebagai Pramugari Demi Memastikan Kebahagiaan Keluarga
Pasangan darah manis, pengantin merpati dua sejoli ini dilihat tampak begitu bahagia sekarang, setiap hubungan dibina pastilah kebahagiaan sehingga akhir hayat diharapkan.
Demi memastikan hubungan yang dibina bahagia, Elena Hani yang merupakan isteri kepada pelakon dan model, Fahrin Ahmad sanggup berhenti kerja sebagai seorang pramugari jika keadaan memerlukan.
Memetik laporan Portal Rotikaya, Elena berkata bidang kerjaya dia dan suaminya amat berlainan dan mereka cuba untuk saling memahami.
“Saya sedar, suami berada dalam kerjaya yang berdepan banyak cabaran dan sebagai isteri, saya tidak boleh terus melatah kerana ini asam garam hidup berumah tangga”
“Saya juga bersedia untuk meninggalkan kerjaya di awan biru. Mungkin bukan sekarang tetapi persediaan itu sudah ada. Jika perlu berkorban, saya tidak kisah,” jelas Elena mengenai perancangannya.
Kerana kesempitan masa untuk bersama kerana kekangan waktu bekerja, Fahrin dan juga Elena telah pergi berbulan madu di Eropah dan mereka terpaksa mengadakan majlis persandingan untuk meraikan saudara-mara dan kenalan selepas Hari Raya Aidilfiitri. - Siakapkeli.my