Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

TNB perbaiki kedudukan dalam Forbes Global 2000

11 Mei 2015
No Comment


Kedudukan terkini Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah meningkat di Forbes Global 2000. Kedudukannya pada tahun ini adalah 408 berbanding pada  tahun 2010 iaitu 575.

Selain itu, berbanding syarikat Malaysia yang lain, Malayan Banking Bhd ketika ini pada kedudukan ke-371 menempatkan TNB pada kedudukan kedua.

Selain Maybank dan TNB, 14 firma lain dari Malaysia yang tersenarai ialah CIMB Group (574), Public Bank (578), Sime Darby (709), Axiata Group (932), Genting (1122), RHB Capital (1185), Hong Leong Financial Group (1287), MISC (1318), AmBank Group (1331), Petronas Chemicals (1339), Maxis (1441), Petronas Gas (1485), IOI Group (1559) dan YTL (1589).

TNB berjaya menunjukkan pencapaian yang konsisten pada kali ini sekaligus menambah baik ranking di dalam senarai Forbes Global 2000.

Sebelum ini syarikat utiliti nasiobal itu berada pada kedudukan ke-681 pada 2007, naik 91 tangga daripada kedudukan pada 2006 manakala pada 2008 naik 56 kedudukan kepada ke-625.

Penganalisis tenaga di firma penyelidikan tempatan berpendapat TNB berjaya menunjukkan keupayaannya berdasarkan ciri penilaian yang digunapakai Forbes.

Forbes Global 2000 memperincikan kesemua syarikat terbesar, berkuasa dan paling bernilai di dunia dengan melihat kepada pendapatan, keuntungan, aset dan nilai dalam pasaran. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "