Ekin Rahman 'Panas' Selepas Ditegur Peminat Gara-Gara Muatnaik Gambar Selfie Atas Katil Bersama Suami
Tindakan Ekin Rahman memuat naik gambar selfie dia dan suaminya Yazer di atas katil nampaknya telah mengundang cemuhan daripada peminatnya.
Mungkin kalau kita lihat ia adalah perkara normal bagi artis antarabangsa tetapi kelakuan ini memang tidak sesuai bagi artis Malaysia.
Mereka yang berkahwin hujung tahun lalu telah mengambil gambar tersebut di atas katil dipercayai di kampung halaman Ekin di Labuan dalam keadaan yang agak daring.
Kerana camuhan dari peminat nampaknya Ekin sudah 'panas' dan mula membalas komen dengan perasaan marah dan tidak sepatutnya dikeluarkan.
Pendapat Sk sendiri, Ekin tidak sepatutnya memuatnaik gambar sebegitum isu-isu begini sememangnya amat sensetif bagi warga kita kerana bertentangan dengan norma ketimuran. - Siakapkeli.my