Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Empat Buah Myvi yang Tidak Bersalah Diganggu Dipercayai Gara-Gara Kes Enam Myvi di DUKE

6 Mei 2015


Sebelum ini kita digemparkan dengan kes enam buah Myvi dari kelab kereta Familia Myvi yang dikatakan berlumba sehingga menyebabkan kemalangan jiwa orang lain.

Susulan kejadian itu, ramai yang tidak berpuas hati dengan kelab kereta berkenaan yang meletakkan kereta jenis Myvi sebagai kereta kelab.

Tidak cukup dengan kelab itu sahaja, kelab-kelab kereta Myvi yang lain juga turut menerima tempias dan kritikan orang ramai.

Selain itu, hari ini sahaja pihak Siakapkeli menerima empat aduan dari pengguna kereta Myvi yang mendakwa mereka diganggu dan dirosakkan kereta punca dari kes enam Myvi tersebut.

Mangsa Pertama

Seorang ibu mengandung lapan bulan menaiki sebuah Myvi dihimpit ketika di tol serdang oleh kereta Jenis pacuan empat roda.

Menurutnya ketika menghubungi SK menerusi Inbox Siakapkeli bersama beberapa keping gambar Myvinya, keretanya itu kemek di bahagian hadapan seperti diketuk dengan objek yang keras.



Mangsa Kedua

SK juga ada menerima satu lagi aduan yang mana seorang wanita turut menerima nasib yang sama ketika di jalan raya dimana dia juga diekori rapat dan dihimpit oleh beberapa buah kereta lain.

Selain itu pada pagi 6hb Mei kereta telah dilanggar lari. Bagaimanapun laporan polis telah dibuat.



Mangsa Ketiga

Juga menerusi Inbox Siakapkeli seorang pengadu bersama sekeping gambar kereta Myvi beliau. Menurutnya, dia tidak menyertai mana-mana kelab kereta namun tetap menerima tempias tersebut dimana keretanya yang sedang parking di hadapan rumah telah dibaling dengan batu sehingga keretakan pada tingkap kereta.



Mangsa Keempat

Diadukan kepada SK, pada waktu subuh lebih kurang jam 5.45 pagi ketika hendak menghantar anak ke sekolah, seorang wanita menyedari abu sisa kertas terbakar memenuhi bahagian atas kereta dan tenampak gumpalan kertas di bawah. Dipercayai keretanya telah dibaling dengan gumpalan kertas yang dibakar.

Selain itu, ketika dalam perjalanan pulang dia melalui tol Akleh dan telah disekat oleh empat orang lelaki berbangsa Melayu dengan menaiki sebuah kereta jenis proton Waja dan Wira.

Mangsa kemudiannya memasang lampu Hazard dan menanyakan kepada lelaki-lelaki itu apa yang mereka mahu dan salah seorang lelaki yang menaiki Wira itu menunjukkan simbol lucah sambil ketawa.

Jika benar keempat-empat mangsa ini diganggu gara-gara kes enam Myvi di Duke, diharap pemandu-pemandu kereta jenis Myvi terutamanya yang berwarna putih atau kuning lebih berhati-hati dan sekiranya ada yang menyertai mana-mana kelab Myvi buat masa ini janganlah mempamerkan pelekat kelab dikuatiri diganggu oleh orang-orang yang tidak bersikap matang. — Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "