Gara-gara mencuba nasib dalam ujibatkat mencari pelakon porno seorang guru telah menerima padah apabila telah dibuang kerja selepas pelajarnya menjumpai video ujibakat tersebut di internet.
Pelajar yang menjumpai video tersebut telah memaklumkan kepada ibu bapanya sebelum mereka pergi ke sekolah mengetengahkan tentang penemuan video tersebut kepada pihak sekolah.
Di dalam video tersebut menunjukkan guru tersebut yang dikenali sebagai Lucie sedang memperagakan tubuh badannya tanpa seurat benang sambil menceritakan dia yang mempunyai dua orang anak sedang mencuba sesuatu yang baru selain mengajar.
Bagaimanapun selepas video dan berita tersebut tersebar beliau telah tampil mempertahankan dirinya dengan mengatakan dalam vidoe tersebut dia sebenarnya dalam ekadaan tidaks edar dan khayal selepas diberi dadah jenis kokain oleh si perakam.
"Saya sebenarnya hanya mencuba nasib sebagai model pakaian dalam dan bukannya untuk menjadi pelakon lucah. Tetapi saya telah ditipu oleh mereka dengan merakam gamabr saya tanpa sedar di abwah pengaruh dadah," katanya. - Siakapkeli.my