Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Perubatan Dari Malaysia Meninggal Selepas Mengalami Kecederaan Dalam Kebakaran Di Rusia

6 Mei 2015
No Comment


Seorang pelajar jurusan perubatan dari Malaysia yang terlibat dalam kebakaran yang berlaku asrama Russian National Research Medical University (RNRMU) di Moscow, Russia, dilaporkan meninggal dunia, semalam.

Perkara ini disahkan oleh  Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Francisco Munis ketika dihubungi berkata Nur Atikah Alias, 25, telah menghembuakan nafas terakhirnya pada pukul 2.30 petang waktu Rusia kerana komplikasi pernafasan.

Beliau yang  telah dirawat di sebuah Hospital di Moscow sejak 22 April lalu mengalami kecederaan di muka, tangan dan kaki.

"Ahli keluarga mangsa turut berada di sini sejak Sabtu lalu, dan pihak kedutaan akan membantu proses membawa pulang jenazah Nur Atikah ke tanah air," katanya dipetik dari Harian Metro.

Nur Atikah sebelum ini telah dikejarkan ke Hospital bersama empat rakannya yang juga dari Malaysia selepas mengalami kecederaan akibat kebakaran yang berlaku di kediaman mereka. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "