TMJ Bidas KAFA, Tuduh Penyokong JDT Curi Tiang Gol Adalah Tidak Masuk Akal
KUALA LUMPUR: "Dimanakah kawalan keselamatan sehinggakan tiang gol yang sebesar itu mampu dicuri tanpa dilihat oleh pihak yang bertugas?"
Itulah kata-kata yang dikeluarkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, berhubung tuntutan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berhubung dakwaan mereka yang penyokong JDT telah mencuri tiang gol semasa berlaku kekecohan bola sepak di Stadium Ipoh baru-baru ini.
Beliau membidas tuduhan itu dengan meminta bukti tentang kejadian tiang gol hilang itu agar ia tidak dipandang sebagai kenyataan yang tidak masuk akal.
Baginda yang merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata tahukah anda(PAFA) berapa ramai diperlukan untuk mengangkat tiang gol yang tertanam dan bagaimana untuk membawanya pergi.
"Jangan kerana terlalu mencari kesalahan sehingga perkara diluar batas fikiran juga terus dicanang yang akhirnya akan memalukan diri dan imej persatuan itu sendiri," tegasnya.
Sebuah akhbar hari ini membuat laporan bahawa pihak PAFA akan membuat tuntutan rugi kepada PBNJ diatas kerosakan papan iklan, jaring gol dikoyak dan kecurian tiang gol di Stadium Perak.
Menurut PAFA mereka berani membuat tuntutan ini kerana mempunyai bukti penyokong JDT berbuat demikian.
PBNJ bagaimanapun telah menafikan dakwaan penyokong JDT melakukan keganasan dalam kejadian tersebut sebaliknya mendakwa penyokong Perak bertindak membaling objek keras termasuk batu ke atas penyokong mereka. - Siakapkeli.com.my