KUALA LUMPUR: Berikutan tersebarnya sebuah video semalam yang menunjukkan seorang pekerja KFC menujuk isyarat kepada pelanggan di Restoran KFC Taman Putra, Ampang .
Hari ini pihak KFC Malaysia melalui laman Facebook milik mereka telah tampil memohon maaf atas tindakan biadap yang dilakukan oleh pekerja mereka itu.
BACA UNTUK KEJADIAN YANG BERLAKU: VIDEO: Pekerja KFC Biadap, Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Pelanggan
Di dalam permohonan maaf itu pihak KFC memberitahu mereka menerima aduan orang ramai berkenaan video tersebut yang memaparkan kelakuan kurang sopan pekerjanya terhadap pelanggan.
KFC yang mengambil kira adab dan etika kakitangannya supaya sentiasa berinteraksi secara baik dengan pelanggannya telah mengambil tindakan menggantung kerja pekerja tersebut.
Selain itu menurut Ling Mee Jiuan yang merupakan Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia, mereka juga telah berhubungan dengan kumpulan pelajar berkenaan dan melahirkan rasa kesal kerana berlakunya insiden itu.
Rakaman selama lapan saat yang dikongsi oleh laman Facebook milik Komuniti Cina Ampang itu telah dikongsi oleh orang ramai sebanyak 1900 perkongsian dengan dilihat oleh 46,387 orang. - Siakapkeli.my