Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Majikan Tolong Bayar Hutang PTPTN Pekerja Akan Diberi Perlepasan Cukai

26 Dis 2018
One Comment
Gambar: FMT

Seperti ramai sedia maklum dalam belanjawan 2019 lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumkan mana-mana majikan yang membantu pekerja melangsaikan baki hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi National (PTPTN)  akan diberi perlepasan cukai.

Dilihat idea yang diutarakan ini amat baik dan disambut ramai peminjam PTPTN, langkah ini diambil btertujuan menggalakkan majikan menyumbang dalam kelestarian PTPTN di mana mereka boleh menjadikan bayaran balik PTPTN ini sebagai insentif kepada pekerja yang cemerlang.

Gambar: PTPTN
Bagi majikan yang mahu malangsaikan hutang PTPTN pekerjanya, mereka boleh membayar melalui portal PTPTN sama seperti kaedah caruman KWSP/Perkeso atau cek syarikat secara bulanan atau secara "Lump Sum" setahun bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2019.

Syarat bayaran balik PTPTN oleh majikan kepada pekerjanya ini mestilah hanya pekerja sepenuh masa, selain itu majikan sama sekali tidak boleh mengenakan apa-apa bayaran atau tuntutan sebagai balasan kepada pembayaran PTPTN yang telah dibuat oleh mereka.

Apa yang menarik lagi dengan belanjawan mengenai PTPTN baru-baru ini, bagi mereka berumur sudah melebihi 60 tahun yang masih mempunyai hutang PTPTN, baki-baki hutang berkenaan akan dilupuskan.

Selain itu, bagi warga emas di bawah kategori B40 yang membayar secara konsisten selama tiga tahun akhir sebelum umur 60 tahun, mereka akan diberikan potongan sekurang-kurangnya RM2,000.

Bayaran berkenaan berdasarkan potongan gaji berasaskan pendapatan bukan baki hutang seperti sedia ada.

Bagi peminjam yang berpendapatan RM2,000 kebawah, golongan ini seperti ramai sudah maklum mereka akan diberikan pengeculian dari membayar pinjaman PTPTN selain semua senarai hitam keluar negara telah dimansuhkan.

Gambar: PTPTN
Seperti sebelum ini, mereka dalam kategori B40 atau M40 yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama akan diberikan pengecualian bayaran balik.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "