Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kenapa Bisnes Asyik 'Bungkus'? Ini Kesilapan Peniaga Buat Pelanggan Muak Nak Datang Lagi

1 Nov 2018
No Comment
Kenapa ada bisnes yang gagal dan kenapa pula ada bisnes yang berjaya?
Jika ditanya soalan yang sama pada semua orang yang sedang buat bisnes sekarang, terutamanya yang baru berniaga tak sampai setahun, boleh dikatakan hampir semua yakin bisnes yang sedang lakukan akan berjaya dengan jayanya!

Tapi, itu sebenarnya kenyataan yang paling menyedihkan.


via GIPHY

Bila dah berlaku baru nak garu kepala.  Lagi malang, bila semua punca gagal cuba diletakkan pada orang lain.
Paling ketara, bila peniaga 'hidangkan' pelangggan dengan pengalaman jual-beli hambar sebab dah terlalu selesa dengan cara 'old skool' dan tak nak berubah kepada model perniagaan yang lebih inovatif.

"Asyik-asyik takde duit kecik!"


Dalam dunia bisnes yang penuh dengan persaingan sekarang ni, customer mempunyai pelbagai pilihan untuk membeli dari mana-mana peniaga yang mereka suka. Pelanggan sekarang lebih suka membeli dari peniaga yang mereka sudah PERCAYA dan SELESA.

Sebab itu, walaupun seseorang peniaga itu sudah bertahun-tahun dalam dunia bisnes, boleh JATUH dalam hanya beberapa bulan sahaja. Kenapa? Mungkin peniaga ini sudah begitu selesa dengan kerja harian mereka atau TAK TAHU cara melayan pelanggan.

Bila orang hulur duit RM50, peniaga terbeliak mata, "Tak de duit kecik ke dik?"


via GIPHY

Apa ni, tak kan nak layan pelanggan macam tu? Susah-susah dia datang, beratur panjang-panjang. Tak kan sanggup nak hilangkan sales semata-mata tak sediakan medium pembayaran sesuai?

Cashless payment, Imbas & Bayar


Zaman dah berubah, dunia dah maju, kenapa tak guna je cashless payment daripada Maybank?



Memasuki tahun 2018 dapat kita lihat teknologi melibatkan cashless payment semakin mula diterima.  Inisiatif Maybank ini memperkenalkan kaedah bayaran berinovasi bukan sahaja memudahkan transaksi perniagaan peniaga dan pelanggan, malah lebih selamat kerana tidak perlu membawa wang tunai, hanya perlu imbas kod QR pada telefon alih masing-masing.


via GIPHY


Apa Itu Maybank QRPay?

Melalui QRPay, pembeli boleh membayar apa yang dibeli melalui telefon pintar hanya dengan mengimbas kod khas yang disediakan oleh penjual.  Kaedah pembayaran ini selamat kerana ia  menggunakan kamera untuk mengenal pasti penjual  yang dah berdaftar untuk menggunakan aplikasi ini.

Bagaimana Peniaga Menerima Pembayaran?
  1. Pelanggan membuka aplikasi Maybank Apps kemudian memilih QRPay
  2. Pelanggan kemudian mengimbas kod QR peniaga.
  3. Peniaga akan menerima notifikasi pembayaran selesai.
  4. Pelanggan makan kuih dengan kenyang.
  5. Peniaga dapat duit terus ke akaun bank.
Berita baik kepada para peniaga mahu pun individu. Maybank telah membuka pendaftaran PERCUMA serta memberi penggunaan PERCUMA bagi menggunakan sistem pembayaran melalui kod QR! Yang bestnya tak payah ada akaun Maybank pun boleh.


VIDEO: DAFTAR QRPAY UNTUK PENIAGA




Memang sangat-sangat mudah! Lepas ni kedai confirm ramai orang sebab dah sah-sah sedap dan servis pembayaran pula memudahkan pelanggan.  Peniaga boleh cetak sahaja QR Code Maybank di atas bunting, atas kertas khas dan pamer untuk memudahkan pelanggan imbas.  Canggih!

Bukan sahaja memudahkan, malah lebih selamat sebab amaun terlibat akan terus masuk ke akaun peniaga tanpa perlu dipegang seketika oleh pihak bank. Lebih menarik, teknologi ini tak mempunyai caj tambahan. Sangat ringkas dan mudah untuk para peniaga praktikkan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk website dan layari Facebook ataupun kunjungi cawangan Maybank yang terdekat.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "