Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tular Pula Burger Pedas Korea Dengan Roti Merah Buat Restoran Marrybrown Berpusu-Pusu Orang Beratur Nak Beli

23 Okt 2018
No Comment


Nampaknya selepas satu-satu hidangan ala-ala Korea keluar, kini giliran restoran makanan segera terkenal Marrybrown pula mengeluarkan menu terbaru mereka yang cukup 'superb' iaitu Marrybrown’s Korean Hot Chicks Sensation.

Marrybrown’s Korean Hot Chicks Sensation  yang menyediakan dua menu utama iaitu Korean Chicken Kombo dan Korean Burger Kombo yang disertakan dengan segelas minumana ringan dan kentang goreng berperisa kimchi.


Menu ini dilihat kini sedang tular di laman sosial menyebabkan rata-rata netizen berpusu-pusu ke restoran Marrybrown untuk mencuba menu terbaru ini di mana berdasarkan "review", rata-rata mereka memuji kesedapan kedua-dua menu ini.

Bagi Korean Burger Kombo mereka memuji tekstur roti burger yang amat lembut, ayamnya yang cukup rangup, dan katanya yang paling sedap adalah sos merah pedasnya yang 'pedas sedap' selain kentang goreng kimchinya lain dari yang lain.


Bagi Korean Chicken Kombo, ayamnya pula amat sedap, rasa manis-manis pedas, sosnya sama seperti sos yang digunakan untuk Korean Burger Kombo dengan ditabur bijan bagi menaikkan rasanya selain turut disertakan kentang goreng kimchi.


Melihat sambutan hangat ini, pihak Marrybrown tampil untuk menghargai pelanggan mereka dengan menawarkan beberapa hadiah berupa wang tunai dan baucar untuk dimenangi.

Dah makan makanan ala-ala Koreakan? jadi, jika anda mempunyai bakta menari seperti artis-artis Korea kegemaran anda seperti BTS, 2NE1, Big Bang, dan Black Pink, anda dijemput untuk menyerai Peraduan Menari Ala K-Pop bersama menu Sensasi Ayam Terhangat Korean di mana hadian utama berupa wang tunai RM1,000 x1, hadiah kedua wang tunai RM500 x1 dan hadiah sagu hati baucar bernilai RM200 x 20 orang.


Hanya menari stail K-Pop bersama Kombo dalam format Boomerang dan kongsi di ruangan komen Facebook dibawah bersama kapsyen paling kreatif. Peraduan ini berakhir pada 15 November 2018.


Klik Sini

Jadi, apa tunggu lagi, hanya menari sikit dan rakam video dalam format Boomerang dengan aksi menari paling menarik, mana tahu anda berpeluang menanf RM1,000, banyak tu, siapa nak bagi RM1,000 mudah macamnikan?.

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke laman Facebook Marrybrown Malaysia atau laman web www.marrybrown.com.my.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "