Jika ditanya soalan yang sama pada semua orang yang sedang buat bisnes sekarang, terutamanya yang baru berniaga tak sampai setahun, boleh dikatakan hampir semua yakin bisnes yang sedang lakukan akan berjaya dengan jayanya!
Tapi, itu sebenarnya kenyataan yang paling menyedihkan.
Hampir semua usahawan tak tahu bisness gagal sehingga ianya berlaku.
Bila dah berlaku baru nak garu kepala dan cuba cari alasan kukuh kenapa bisnes gagal. Lagi malang, bila semua punca gagal cuba diletakkan pada orang lain.
Ini antara 3 kesilapan utama peniaga sampai 'tersungkur' sehingga memberi IMPAK jualan dan menyebabkan pelanggan tak datang lagi ke kedai.
1. Abaikan Kehendak Pelanggan
Mungkin pada mulanya pelanggan okay, tapi kecenderungan permintaan sentiasa boleh berubah.
Pilihan sentiasa bertambah dan ini mampu mengubah kehendak pelanggan. Bila perkara itu tidak dipedulikan, pelanggan akan cabut dan tidak kekal menjadi pelanggan setia.
Taukeh yang asyik syok sendiri, tak peduli nak survey maklum balas pelanggan, memang sengaja nak bunuh bisnesnya sendiri.
via GIPHY
2. Tak Maksimumkan Kuasa 'Dihujung Jari'
Dengan hanya 1 klik sahaja, mereka sudah tahu perihal perniagaan kita. Walaupun hanya menjual pisang goreng, buat lah fan page dan sasarkan penduduk setempat. Pasti lebih ramai yang akan berkunjung ke gerai. Tak caya? Cuba buat dulu!
3. Pengalaman Berurusniaga Yang Tak Best
Sebab itu, walaupun seseorang peniaga itu sudah bertahun-tahun dalam dunia bisnes, boleh JATUH dalam hanya beberapa bulan sahaja. Kenapa? Mungkin peniaga ini sudah begitu selesa dengan kerja harian mereka atau TAK TAHU cara melayan pelanggan.
Bila orang hulur duit RM50, peniaga terbeliak mata, "Tak de duit kecik ke dik?"
Apa ni, tak kan nak layan pelanggan macam tu? Susah-susah dia datang, beratur panjang-panjang, sekali nak bayar duit baki tak boleh bagi. Tak kan sanggup nak hilangkan sales haritu semata-mata tak sediakan medium pembayaran sesuai?
Zaman dah berubah, dunia dah maju, kenapa tak guna je Maybank QRPay yang menyediakan platform pembayaran di atas talian untuk pelanggan dengan mudah segera dan selamat?
Memasuki tahun 2018 dapat kita lihat teknologi melibatkan cashless payment semakin mula diterima. Salah satu cara termudah pengguna boleh menggunakan teknologi ini adalah dengan menggunakan aplikasi daripada Maybank.
Inisiatif Maybank memperkenalkan kaedah bayaran berinovasi itu bukan sahaja memudahkan transaksi perniagaan peniaga dan pelanggan, malah ia menyediakan pelbagai kelebihan kepada kedua-dua pihak terutama dalam konteks keselamatan kerana tidak perlu membawa wang tunai, sebaliknya hanya perlu mengimbas kod QR pada telefon alih masing-masing.
via GIPHY
Apa Itu Maybank QRPay?
Melalui QRPay, pembeli boleh membayar apa yang dibeli melalui telefon pintar hanya dengan mengimbas kod khas yang disediakan oleh penjual. Sebagai contoh, amaun akan terus ditolak daripada akaun pelanggan untuk dipindahkan kepada akaun peniaga. Kaedah pembayaran ini bukan sahaja mudah tetapi juga lebih selamat kerana menggunaan kamera untuk mengenal pasti penjual yang dah berdaftar untuk menggunakan aplikasi ini.
Bagaimana Peniaga Menerima Pembayaran?
- Pelanggan membuka aplikasi Maybank Apps kemudian memilih QRPay
- Pelanggan kemudian mengimbas kod QR peniaga.
- Peniaga akan menerima notifikasi pembayaran selesai.
- Pelanggan makan kuih dengan kenyang.
- Peniaga dapat duit terus ke akaun bank.
Terdapat 2 cara penerimaan bayaran iaitu Dynamic QR dan Static QR. Dynamic QR ialah peniaga menetapkan harga dan pembeli akan imbas daripada peranti peniaga, manakala Static QR ialah QR diletakkan di kaunter dan pembeli hanya memasukkan nilai bayaran setelah kod QR diimbas.
Jadi, bagaimana pula caranya nak mendaftar?
Memang sangat-sangat mudah!
- Muat turun Maybank QRPayBizz app daripada aplikasi Google Play Store atau Apple App Store.
- Pendaftaran boleh dibuat melalui kedua-dua aplikasi.
Maybank sekarang membuka pendaftaran PERCUMA serta memberi penggunaan TANPA CAJ bagi transaksi QRPay! Yang bestnya tak payah ada akaun Maybank pun boleh. Bukan sahaja memudahkan, malah selamat sebab amaun terlibat akan TERUS MASUK ke akaun peniaga tanpa perlu dipegang seketika oleh pihak bank.
Lepas ni kedai confirm ramai orang sebab dah sah-sah sedap dan servis pembayaran pula memudahkan pelanggan. Peniaga boleh cetak sahaja QR Code Maybank di atas bunting, di atas kertas khas dan pamer untuk memudahkan pelanggan imbas. Canggih!
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk website dan layari Facebook ataupun kunjungi cawangan Maybank yang terdekat.