Hari ini dunia menyaksikan peristiwa bersejarah di mana seorang Presiden negara kuasa utama dunia, Amerika Syarikat(AS) yang masih berkhidmat, Donald Trump bertemu buat kali pertama dengan seorang pemimpin negara terpencil, Korea Utara (DPRK) yang dianggap musuh, Kim Jong-un, di sebalik hubungan pasangan surut dan saling berbalas ancaman untuk melancarkan serangan.
Hari ini, di Singapura, pertemuan paling bersejarah barangkali dalam era politik moden dimulakan dengan kedua-dua pemimpin tersebut berjabat tangan buat kali pertama. Kedua-duanya yang dilihat mesra berjabat tangan buat seketika sambil dilatari bendera kedua-dua negara.
''Kita bakal mempunyai hubungan yang hebat'' kata Trump seperti yang dilaporkan Al-Jazeera.
''Prejudis dan amalan lama yang diamalkan sebelum ini menghalang dalam usaha kita untuk maju ke depan, tetapi kita berjaya melaluinya dan hari ini kita bersemuka,'' balas Jong-un.
Sebelum itu, Jong-un yang dijadualkan akan membuat pertemuan bersemuka dengan Trump pada pukul 9 pagi (waktu Singapura) tiba di Hotel Acapela di Pulau Sentosa pada pukul 8.56 pagi.The moment: Kim and Trump shake hands and walk into their private meeting. Kim flashed a smile. Trump touched Kim's arm, and Kim touched Trump's. They spoke through translators. pic.twitter.com/RF3bJiMkay— Brian Ries (@moneyries) June 12, 2018
Kedua-dua pemimpin tersebut dijangka akan menyentuh soal pembangunan nuklear oleh Korea Utara dengan jangkaan Trump mungkin memujuk agar Jong-un melepaskan ke semua senjata nuklear yang dimilikinya. Dalam pertemuan bersemuka itu, mereka diiringi oleh penterjemah masing-masing sahaja.
.@POTUS Donald J. Trump meets with North Korean leader Kim Jong Un at the #SingaporeSummit. pic.twitter.com/L3BcOPP26J— Department of State (@StateDept) June 12, 2018
Sekiranya Jong-un bersetuju untuk melepaskan pegangan senjata nuklearnya, ramai pihak berpendapat AS bakal menawarkan bantuan ekonomi kepada DPRK sebagai balasan. Kedua-dua pihak dijangka akan mengadakan perbincangan lanjut pada pukul 10 pagi.
Media sebelum ini melaporkan bahawa dunia mungkin tidak mempercayai bahawa dua pemimpin daripada kedua-dua buah negara yang sekian lama bermusuh dan saling ancam mengancam untuk memulakan perang nuklear boleh duduk bersemuka. Ramai pemerhati politik dunia berpendapat bahawa pertemuan ini berisiko tinggi jika mengambil kira personaliti kedua-dua pemimpin tersebut.
Sebelum ini, KCNA, agensi berita milik DPRK melaporkan bahawa kedua-dua pemimpin tersebut bakal membincangkan isu-isu seperti permulaan baru hubungan AS-DPRK, usaha untuk mewujudkan satu mekanisma yang dapat menjamin kemanan yang kekal di Semenanjung Korea, penghapusan nuklear yang dimiliki oleh DPRK dan pelbagai isu-isu lain yang berkaitan.
Trump, sitting next to North Korean dictator Kim Jong Un: “We are going to have a great discussion...it’s my honor...we will have a terrific relationship.” pic.twitter.com/E8gfmzvmPc— Brian Ries (@moneyries) June 12, 2018
Sumber : CNN, Al-Jazeera, BBC
Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)updatebetting(dot)co
BalasPadamAJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)